Ketupat Adabi Lembek Telah Diganti Bermula Tarikh Luput Oktober 2022

Sebelum ini pernah menjadi viral isu ketupat Adabi yang dimasak lembek ketika Hari Raya yang lalu.

Untuk makluman, pihak Adabi telah mengeluarkan kenyataan terkini bahawa ketupat di pasaran yang tidak lembik telah diganti bermula dari pengeluaran tarikh luput Oktober 2022 ke atas.

Beirkut adalah notis rasmi dari pihak Adabi Consumer Malaysia.

Produk Ketupat Adabi Yang Lembek Telah Ditarik Balik Dari Pasaran

Merujuk isu produk Ketupat Adabi yang dimasak kurang pejal, Adabi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada para pengguna yang telah memberikan aduan dan maklum balas. Hasil siasatan lanjut kami mendapati isu ini berpunca daripada kualiti beras yang mempunyai kandungan kanji yang tinggi.

Sehubungan dengan itu pihak Adabi telah menambahbaik prosedur (SOP) pemilihan beras bagi memastikan isu ini tidak berulang. Malah majoriti produk yang terlibat juga telah ditarik balik dari pasaran.

Namun begitu, pihak kami juga berpendapat mungkin masih terdapat stok Ketupat Adabi yang lama di pasaran. Oleh yang demikian, pihak kami akan bertanggungjawab mengganti rugi perkara tersebut.

Selain itu, berhubung dengan cara penyediaan Ketupat Adabi, pihak kami akan menyediakan video yang menunjukkan tatacara memasak dan menyediakan Ketupat Adabi bagi rujukan semua pengguna.

Berkaitan: Isu Ketupat Adabi Lembik: Pengguna Boleh Buat Aduan Di Media Sosial

Melalui ruangan komen, pihak Adabi Consumer memaklumkan pengguna bahawa ketupat di pasaran yang tidak lembik telah diganti bermula dari pengeluaran tarikh luput Oktober 2022 ke atas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline Adabi di talian 03-6092 3677 atau terus ke Facebook Adabi di sini : https://www.facebook.com/AdabiMY

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: