Isu Ketupat Adabi Lembik: Pengguna Boleh Buat Aduan Di Media Sosial

KENYATAAN RASMI BERHUBUNG ISU KETUPAT ADABI LEMBIK SETELAH DIMASAK

Menggunakan ketupat instant atau nasi impit segera adalah cara yang mudah dan menjimatkan masa, terutamanya dalam bulan perayaan.

Pada tahun ini, beberapa pengguna menyuarakan kekesalan terhadap produk Adabi yang dikatakan lembik walaupun telah dimasak dengan sempurna dan berjam-jam lamanya.

Salah satu hantaran menjadi viral, antaranya seperti di bawah ini:

ketupat adabi lembik

Dalam ruangan komen, didapati sesetengah pengguna turut menyuarakan masalah yang sama.

Susulan itu, pihak Adabi mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi berkaitan isu tersebut.

Difahamkan pengguna yang mengalami masalah ini boleh membuat aduan melalui media sosial @ Facebook Adabi.

Isu Ketupat Adabi Dimasak Lembik

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak Adabi.

ketupat adabi lembik

Merujuk kepada isu produk ketupat keluaran Adabi yang lembik setelah dimasak, pihak Adabi Consumer Industries mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan para pengguna di luar sana.

Kami juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi oleh semua para pengguna kami.

Sekiranya pihak pengguna mendapati produk Ketupat Adabi yang dibeli adalah lembik setelah dimasak, aduan boleh disalurkan terus melalui DM di rangkaian laman media sosial rasmi Adabi.

Baca juga: Penarikan Balik Produk Russell Taylors (Air Fryer, Pressure Cooker, Oven, dll)

Untuk makluman pihak Adabi telah pun mengambil langkah untuk menukar beras yang digunakan agar perkara ini tidak berulang.

Adabi menghargai maklum balas dari pihak pengguna kami di luar sana dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti Ketupat ini amat dikesali.

Terima kasih.

*Sumber: https://www.facebook.com/AdabiMY/posts/4053897021339435

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline Adabi di talian 03-6092 3677 atau terus ke Facebook Adabi di sini : https://www.facebook.com/AdabiMY

Baca juga: Wanita Kongsi Cara ‘Recycle’ Baju Lama Di H&M, Boleh Dapat Voucher!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: