‘Bahaya’ Sertai Cabaran #10YearsChallenge Yang Ramai Tak Sedar
Menjadi satu trend buat warganet baru-baru ini berkongsi dua gambar mereka bersebelahan, membandingkan diri mereka 10 tahun lalu dengan keadaan mereka sekarang.
Trend ini dikenali sebagai #10YearChallenge mula menjadi ikut-ikutan oleh warganet di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram termasuk selebriti dan orang berpengaruh di serata dunia.
Bagi kita yang tidak tahu tentang teknologi A.I (Kecerdasan Buatan), mungkin trend #10YearChallenge ini hanya satu perkara yang biasa yang hanya dibuat untuk suka-suka.
Namun adakah ianya hanya suka-suka atau ada agenda lain di sebaliknya cabaran ini? Pernahkah anda terfikir bahawa trend ini adalah merupakan satu ancaman siber yang mungkin akan mempengaruhi kita di masa akan datang?
Menurut Kate O’Neill yang merupakan seorang penulis di Wired, kemungkinan besar trend ini merupakan satu ‘helah’ daripada syarikat-syarikat media sosial untuk mendapatkan data peribadi pengguna.
Menurut beliau, trend ini mungkin merupakan satu percubaan besar–besaran untuk melatih A.I mengecam proses penuaan muka manusia.
I'm not saying anyone should panic or feel bad. It's simply worth becoming more mindful of how our data can be used. We don't need to be wary of everything; we just need to think critically, and learn more about the potential our data has at scale. We're all still learning.
— Kate O'Neill (@kateo) January 13, 2019
Sesiapa yang menyahut cabaran ini pastinya akan memuat naik gambar anda 10 tahun yang lepas dan sekarang. Dan ini memudahkan A.I membaca perubahan pada wajah dan memadankan gambar yang beza kepada orang yang sama.
Sedar atau tidak sebenarnya anda telah memberikan maklumat percuma kepada syarikat media sosial untuk digunakan bagi tujuan-tujuan tertentu seperti pemasaran.
Selain itu, anda mungkin telah membahayakan diri anda kerana penjenayah boleh menggunakan data terbabit untuk mengancam dan memerangkap dengan aktiviti scam.
The 10 year challenge is a user-generated meme that started on its own, without our involvement. It’s evidence of the fun people have on Facebook, and that’s it.
— Facebook (@Facebook) January 16, 2019
Bagaimanapun, Facebook di Twitter menulis kenyataan balas kepada editor Wired, Nicholas Thompson menyatakan #10YearChallenge adalah meme yang dimulakan oleh pengguna sendiri tanpa penglibatan pihak Facebook.
Facebook sebelum ini pernah terpalit dengan skandal menjual maklumat pengguna kepada syarikat lain. Malah pengguna Facebok pastinya tahu, Facebook kerap menggunakan data penggunanya untuk tujuan pemasaran.