Cara Tukar Duit Raya Di ATM. Weekend Pun Boleh Buat!

cara tukar duit raya di atm

Cara tukar duit raya RM10, RM20 dan RM50 di mesin ATM Maybank

Dah nak raya ni mungkin ada antara kita yang belum sempat pergi bank, terutamanya pada hari minggu sebab sibuk dengan kerja.

Tambahan pula waktu PKP, memang agak sukar untuk kita bergerak dan membuat urusan di luar.

Jadi bagi yang masih tak sempat pergi bank, apa kata kita cuba tukar duit raya di ATM. Hujung minggu pun boleh pergi kan?

Memang memudahkan.

Jom tengok caranya yang dikongsikan di Facebook ini.

Cara Tukar Duit Raya Di ATM

Sekarang ni nak tukar duit raya, mudah saja hanya di mesin ATM Maybank.

Mungkin ada yang tak tahu lagi, jadi di sini saya kongsikan cara tukar duit raya baru tanpa perlu beratur panjang di bank.

LANGKAH 1

Pergi ke cawangan Maybank yang besar sikit ( selected branch).

Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yg boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.

Baca juga: Resepi Cornflakes Madu Tanpa Oven Paling Mudah & Rangup

Pilih ATM yg ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (rujuk seperti gambar di atas mesin ATM).

Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru.

LANGKAH 2

Tekan withdraw / pengeluaran > dan pilih amount.

Ingat – jumlah maksimum bagi setiap transaksi ialah RM 300. Jadi, jika anda nak 60 keping note RM 10 yang baru, kena buat dua kali.

blank

LANGKAH 3

Pilih, dan terus keluar rm10 duit note baru serba wangi.

blank

OK mudah, kan?

NOTA: Cara ini hanya boleh buat untuk dapatkan duit kertas / note rm10 / RM20 / RM50 sahaja ya. Untuk jumlah duit yang lebih kecil kenalah juga beratur di bank.

Senarai ATM Raya Maybank Yang Terpilih

Dimaklumkan bahawa selain duit raya RM10, duit raya RM20 dan RM50 yang baru pun boleh ditukar di ATM Maybank dari 21 April hingga 4 Mei 2022.

Berikut disenaraikan Mesin ATM terpilih yang menawarkan perkhidmatan Raya ATM:

blank
blank
blank

*Rujuk notis asal dari Maybank di SINI.

Baca juga: Cara Daftar & Tambah Nilai Kad Touch N Go Baru (NFC)

Selamat Mencuba!

Entri cara tukar duit raya di ATM yang dimuat naik oleh Mohd Shukur ini telah mendapat lebih 10,000 perkongsian di Facebook, nampaknya ramai yang dapat manfaat berguna daripadanya.

Masih ada masa untuk anda dapatkan duit raya serba baru dan serba wangi, selamat mencuba!

*Sumber asal: Mohd Shukur