in ,

Cara Daftar & Tambah Nilai Kad Touch N Go Baru (NFC)

kad touch n go baru nfc
ADVERTISEMENT

Cara Daftar, Aktifkan & Tambah Nilai Kad Touch N Go Baru Dengan Teknologi NFC

Lepas ni dah tak perlu ke Petrol Pump untuk reload kad Touch N Go!

Balik kampung tak payah nak kalut berhenti nak pergi reload kad. Buat online saja mudah kan?

Tentu ramai suka dengan teknologi baru Touch N Go yang membolehkan kad baru anda ditambah nilai melalui Apps Touch N Go E-Wallet.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang kad Touch n Go baru berteknologi NFC ini dan dan cara untuk daftar serta aktifkan online.

Apakah Itu Kad Touch n Go Baru Yang Dinaiktaraf?

Kad TNG yang dinaik taraf teknologinya merupakan kad pintar keluaran Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB).

Ia merupakan dompet elektronik yang boleh ditambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet. Ia boleh diguna sebagai pembayaran secara tanpa tunai di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan di luar Lembah Klang kecuali Rapid Kuantan dan kawasan parkir terpilih.

ADVERTISEMENT

Anda hanya perlu memastikan kad TNG yang dinaik taraf anda mempunyai baki yang mencukupi dan mengimbas kad tersebut di pembaca kad TNG.

kad touch n go baru nfc

Keistimewaan Kad TNG Dengan Teknologi NFC

Kad TNG yang dinaik taraf ini dilengkapi dengan teknologi terkini iaitu, “Near Field Communication (NFC)”, untuk membolehkan dan memudahkan penambahan nilai melalui Touch n’ Go eWallet. Kad keluaran Touch ‘n Go versi lama tidak mempunyai ciri ini.

Oleh itu, hanya Kad TNG yang dinaik taraf yang dijual melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan ejen-ejen pihak ketiga terpilih TNG boleh digunakan untuk menambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet (versi aplikasi 1.7.72 dan ke atas).

Untuk membezakan antara kad versi lama dan baharu, sila rujuk pada simbol NFC pada kad (rujuk imej di bawah).

KAD TNG BARU

Kad TNG yang dinaik taraf dan kad TNG lama boleh ditambah nilai melalui kaedah fizikal yang sedia ada.

Harga

Sekeping kad TNG yang dinaik taraf dengan keupayaan “Near Field Communication” (NFC) ini berharga RM10.00 bagi reka bentuk generik.

Sila ambil perhatian bahawa untuk kad yang dibeli melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas), caj kurier tambahan akan ditanggung oleh pembeli.

Lokasi Jualan & Pembelian Online Kad Touch n Go Baru Dengan Teknologi NFC

LOKASI JUALAN

Anda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf ini melalui Touch ‘n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) dan di stesen minyak yang terpilih.

Sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf, sila pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) jika kad anda ingin mempunyai keupayaan untuk menambah nilai kad melalui Touch ‘n Go eWallet.

CARA PEMBELIAN ONLINE

Anda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas). Selepas selesai proses pembelian melalui aplikasi, pesanan anda akan dihantar ke alamat yang disenaraikan semasa pembelian. Anda hanya boleh menukar alamat anda sebelum melengkapkan pembelian dalam aplikasi.

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi

Langkah 2: Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah skrin. Ini akan membawa anda ke skrin pembelian kad

Langkah 3: Klik Order Now

Langkah 4: Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now

Langkah 5: Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan (Nota: Kos penghantaran dikecualikan daripada harga jualan kad bernilai RM10. Kos penghantaran adalah seperti yang terpapar di dalam aplikasi. Penghantaran produk terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja)

mceclip0.png

Cara Pendaftaran

Untuk menikmati ciri-ciri dalam kad TNG yang dinaik taraf seperti menambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet, anda dikehendaki mendaftarkan kad anda dalam Touch ‘n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) dan melengkapkan “Electronic Know Your Customer” (eKYC).

Sila sediakan dokumen pengenalan diri pilihan anda (NRIC/ Nombor Pasport/ Nombor Pendaftaran Tentera) sebelum melengkapkan proses eKYC.

Kad yang tidak berdaftar hanya akan dapat melakukan tambah nilai melalui operator bertauliah yang dilantik oleh TNGSB.

Anda digalakkan untuk mendaftar kad anda di MYTouchnGo portal untuk menikmati proses bayaran balik dengan mudah, penjejakan sejarah transaksi dan memastikan data anda dikemas kini dalam sistem TNGSB.

Untuk tujuan bayaran balik, anda dikehendaki mendaftarkan kad anda secara dalam talian di MYTouchnGo portal dan membuat tuntutan bayaran balik melalui e-Refund portal jika ada. Kad yang tidak berdaftar tidak layak untuk bayaran balik.

Cara Link Kad Touch n Go Baru Dengan eWallet TNG

Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:

  1. Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan eKYC
  2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minimum dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
  3. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

Setelah anda memastikan anda memenuhi semua prasyarat di atas, anda boleh memautkan kad TNG dinaik taraf anda mengikut langkah di bawah:

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card di skrin utama

Langkah 2: Klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’ pada sudut atas sebelah kanan

Langkah 2a: Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC

Jikalau telefon bimbit anda mempunyai fungsi NFC:

Langkah 3: Klik pada Scan Now atau mceclip1.pngikon  

Langkah 4: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda

Langkah 5: Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada kad anda

Langkah 6: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem

Langkah 7: Tekan butan Add

Langkah 8: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf

Nota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda

mceclip2.png

Jika telefon anda TIDAK mempunyai fungsi NFC (Anda diingatkan bahawa anda tidak akan dapat melakukan operasi tambah nilai melalui eWallet jika keupayaan NFC tidak diaktifkan pada telefon bimbit atau telefon bimbit anda tidak mempunyai ciri NFC)

Langkah 3: Masukkan Nombor Siri Kad 10-digit anda secara manual

Langkah 4: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem

Langkah 5: Klik pada butang Add

Langkah 6: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf

Nota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda

mceclip3.png

Baca juga:

Cara Tambah Nilai

Setiap kad Touch n Go baru yang dinaik taraf tidak mempunyai nilai mata wang semasa dibeli.

Anda boleh memilih untuk menambah nilai kad TNG anda melalui Touch n’ Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) atau di mana-mana operator bertauliah yang dilantik oleh TNGSB di seluruh Semenanjung Malaysia. Klik di sini untuk senarai penuh lokasi untuk menambah nilai.

Langkah-langkah untuk menambah nilai menggunakan:

i) Touch n’ Go eWallet: Sila ikut arahan pada Touch n’ Go eWallet anda untuk menambah nilai kad anda dengan mudah.

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama Touch n’ Go eWallet

Langkah 2: Pilih kad yang mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) yang anda ingin menambah nilai. Ikon NFC pada imej kad akan berwarna biru jikalau kad yang dipilih mempunyai ciri NFC. Klik butang Reload

Langkah 3: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda. Untuk pengalaman pengguna yang terbaik, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk mengetahui peletakan pembaca NFC pada peranti anda

Langkah 4: Enter your preferred amount. Nyatakan jumlah yang anda ingin tambah kepada kad anda. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500

Langkah 5: Benarkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit Touch n’ Go eWallet anda

Langkah 6: Anda akan disuruh untuk mengimbas kad anda di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi

Langkah 7: Jika operasi tambah nilai anda berjaya, anda akan lihat skrin Reload Successful. Jikalau operasi tambah nilai anda gagal, anda akan lihat skrin Reload Unsuccessful. Jikalau operasi tambah nilai anda masih “in progress”, anda akan lihat skrin Hold On, reload is Pending!

Langkah 8: Untuk mengesahkan baki kad selepas melengkapkan operasi tambah nilai, sila teruskan dengan menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin anda

Nota: Pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri NFC dan ia telah diaktifkan dalam Settings anda. Bagi pengguna iOS, NFC dibolehkan secara automatic.

mceclip0.png

ii) Tambah nilai melalui SSK/Terminals/Mesin ATM or operator bertauliah lantikkan TNGSB seperti tambah nilai untuk kad TNG card yang sedia ada

Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam kad TNG anda sebelum menggunakannya bagi menikmati pengalaman yang lancar.

Maklumat Lanjut: https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

tarikh hari raya

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2022 Pada 1 Mei Ini

mama hebat

“Buta Akibat Glaukoma & Hampir Kemurungan,” Anak Dedah Kehebatan ‘Mata Hati’ Ibu