KerjayaGig PERKESO: Bantuan RM600 Untuk Pekerja & Pencari Kerja
KERJAYAGIG PERKESO: BANTUAN INSENTIF RM600 UNTUK PEKERJA / PENCARI KERJA
Program KerjayaGig merupakan kesinambungan daripada Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan dari Penjana Kerjaya 2.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang program ini dan cara mendapatkan insentif RM600 yang ditawarkan.
Apakah KerjayaGig?
Program KerjayaGig di bawah PenjanaKerjaya 3.0 menawarkan insentif sebanyak RM600 bagi setiap individu yang ditawarkan pekerjaan sementara atau gig selama 6 bulan.
Manakala, insentif sebanyak RM200 pula diberikan kepada majikan, penyedia perkhidmatan, platform atau pertubuhan yang menawarkan pekerjaan sementara atau gig yang berdaftar dengan PERKESO. (Contoh: GrabCar, Lalamove & FoodPanda)
Objektif
Program KerjayaGig ini bertujuan memperluas skop Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu kehilangan pekerjaan dan penganggur dari golongan rentan yang terlibat dalam peluang pekerjaan jangka pendek sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa.
Ia akan memindahkan semula tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya (underutilised) dan sedang menerima cuti tanpa gaji kepada pekerjaan sementara atau kerjaya gig.
Program ini juga menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig.
Organisasi, platform dan pertubuhan termasuk e-hailing, perniagaan digital, sebarang platform pekerjaan sendiri yang berdaftar dengan PERKESO dan menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek bagi individu yang memenuhi syarat adalah layak menerima Insentif
Program KerjayaGig. (Rujuk syarat kelayakan di bawah).
Syarat Kelayakan
Golongan yang layak menerima Insentif Pengambilan Pekerja Program KerjayaGig adalah:
- Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji.
- Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO.
- Pencari kerja dari golongan rentan. Antaranya, golongan hilang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, gelandangan dan sebagainya.
*Nota: Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun.
Baca juga: SIP Prihatin 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Bagi Bukan Pencarum PERKESO
Kadar Bantuan & Insentif Yang Ditawarkan
Insentif sebanyak RM 600 bagi setiap individu selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan.
Insentif berjumlah RM 200 kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO.
Cara Permohonan KerjayaGig PERKESO
Permohonan Program Insentif KerjayaGig boleh dibuat oleh Penyedia Perkhidmatan (Majikan) dan Orang Bekerja Sendiri (OBS).
Sila rujuk langkah di bawah:
- Log masuk di www.myfuturejobs.gov.my dan mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri.
- Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang Bekerja Sendiri yang berjaya melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk memohon insentif Program KerjayaGig.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja sendiri.
- Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).
- Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji.
- Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru diambil.
Tarikh Permohonan KerjayaGig PERKESO
Permohonan mula dibuka mulai 15 Julai 2021 (Khamis) secara dalam talian.
Maklumat Lanjut
SILA rujuk pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut (FAQ) berkaitan permohonan Program KerjayaGig di laman web PERKESO :
https://www.perkeso.gov.my/pemulih.html
ATAU
Sila hubungi PERKESO melalui saluran berikut:
- E-mel di [email protected]
- Telefon di talian 1-300-22-8000 / 03-80915300.
- Facebook Rasmi PERKESO: https://www.facebook.com/PERKESO.Official/
- Laman web PERKESO https://www.perkeso.gov.my/pemulih.html
Baca juga : Cara Mohon GKP 4.0 (Panduan Mengisi Borang Geran Khas Prihatin 4.0)