Kemalangan LRT : 2 Tren Berlanggar Di Laluan Bawah Tanah KLCC

Insiden LRT Berlanggar : Seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung KLCC malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah, semua mereka sudah dikeluarkan dan dihantar ke hospital dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu.

Banyak gambar dan video yang tersebar menjadi tular.

PM telah arahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasana jalankan siasatan penuh, mahu tindakan tegas diambil segera.

Kira-kira 10 ambulans daripada pelbagai agensi keselamatan dan kesihatan membawa mangsa yang cedera dalam insiden melibatkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya malam ini tiba di Hopital Kuala Lumpur.

Susulan insiden membabitkan 2 buah tren LRT tadi, satu Jawatankuasa Siasatan segera ditubuhkan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak bersama pasukan dalam Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan agensi-agensi di bawahnya.

Pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pula akan menyediakan laporan teknikal siasatan.

Setakat ini siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sebuah tren tidak membawa penumpang manakala sebuah lagi membawa 232 orang penumpang.

Seramai 213 orang penumpang mengalami kecederaan dan 166 cedera ringan. Manakala 47 orang penumpang yang mengalami kecederaan bukan ringan dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan susulan.

PM dalam kemyataan terkini juga mahu keutamaan untuk mangsa dapatkan rawatan menyeluruh.

Tren LRT bertembung kejadian pertama kali dalam 23 tahun sejarah operasi, menurut Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.

Beliau kini berada di Avenue K sejurus menerima berita mengenai insiden membabitkan 2 buah tren LRT tersebut.

Para penumpang yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan susulan.

Siasatan lanjut mengenai punca kejadian akan dijalankan segera.

Sidang media bersama pihak Prasarana akan diadakan sebentar lagi.

Kejadian berlaku pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Dalam masa sama, Menteri Pengangkutan berharap semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung kejadian ini. Hasil siasatan terperinci secara menyeluruh akan diumumkan kelak.

Didoakan semua mangsa dapat sembuh seperti sebelumnya.

Sumber : BERNAMA

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: