in

PKP 3.0 Total Lockdown Disambung Hingga 28 Jun 2021, SOP Kekal

Rentas negeri aidilfitri
ADVERTISEMENT

TERKINI | PKP 3.0 Disambung 2 Minggu Lagi, Dari 15 – 28 Jun

Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa 15 Jun.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871 kes.

Menurut kenyataan tersebut, keputusan ini diambil kira setelah cadangan tersebut dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Sidang Khas MKN yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini, 11 Jun 2021.

Dimaklumkan juga bahawa Prosedur Standard Operasi (SOP bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti yang ditetapkan pada 1 Jun sebelum ini.

Senarai SOP tersebut boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) www.mkn.gov.my

Maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi di bawah:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

moratorium bank rakyat pkp 3.0

Permohonan Moratorium Bank Rakyat PKP 3.0 (Mulai 1 Jun 2021)

Skala Gred SPM Yang Tular Bukan Milik Lembaga Peperiksaan – KPM