Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (KEMAS) 2023

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA KEMAS) TAHUN 2023

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika) Tahun 2023.

Permohonan ini dibuka bermula 20 Januari 2023 hingga 3 Februari 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kursus ini dan cara untuk membuat permohonan.

Apakah Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS?

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Maklumat asas kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
  • Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

NOTA: Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.

Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (KEMAS) 2023

Syarat Kelayakan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Diploma akademik dalam bidang pendidikan awal kanak- kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
  4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
  6. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
  7. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.

Tarikh Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS 2023

20 Januari – 3 Februari 2023

Cara Permohonan

  1.  Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di (https://kis.kemas.gov.mymulai 20 Januari 2023 (Jumaat) hingga 3 Februari 2023
  2. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  3. Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.
  4. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  5. Calon yang tidak dihubungi selepas dua (2) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

LAMPIRAN IKLAN

Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (KEMAS) 2023

Maklumat Lanjut

Untuk mengajukan pertanyaan dan mendapatkan info terkini tentang Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS ini, sila rujuk saluran berikut:

BACA JUGA:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *