in

“Kalau Rakyat T’ganu Rasa Kebal COVID, Teruskanlah Aktiviti Suka Ria Kalian”

ADVERTISEMENT

KHAS UNTUK WARGA TERENGGANU (Oleh Pengarah Kesihatan Terengganu)

DUA HARI berturut2 Terengganu melaporkan TIGA DIGIT kes harian Covid 19. Esok mungkin tiga digit lagi. Seramai 14 orang sedang dirawat di ICU HSNZ buat masa ini.

Apapun kami tidak terkejut langsung. Ini kerana tatakelakuan rakyat Terengganu sendiri yang memberi ruang dan peluang Covid 19 bersuka ria di Terengganu.

ADVERTISEMENT

Saya kongsi kisah kisah Kluster yang mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP yang menyebabkan penularan jangkitan Covid 19 di Terengganu berlaku dengan pantas.

Kisah 1

Lepak lepak bersama 18 orang kawan di sebuah rumah kosong di Setiu. Akhirnya 17 disahkan positif melibatkan kawan lepak dan ahli keluarga. Seramai 162 kontak rapat dikesan.

Kisah 2

Seorang dikesan positif untuk saringan masuk kerja di Johor. Semua kontak rapat famili di Dungun disaring. Akhirnya 41 ahli keluarga dan kawan disahkan positif serentak. Seramai 245 kontak rapat dikesan.

Rupanya ada beberapa buah rumah dalam pagar yang sama. Turun naik rumah itu biasa.

PPALUT MOLEK

Kisah 3

Menganjurkan majlis berbuka puasa melibatkan 20 orang. Akhirnya tercetus Kluster Bukit Pauh di Dungun dengan jumlah kes positif 78 orang dan 496 orang kontak rapat.
Merebak pula ke KT bila kes tadi ada diskusi dan moreh di kedai makan. Akhirnya 2 kawan dikesan positif.

Kisah 4

Masak ramai2 buat majlis berbuka puasa di sebuah surau di Marang. Macam2 aktiviti dibuat sebelum raya. Sukaan sungguh semua orang. Akhirnya 26 disahkan positif. Seramai 283 orang kontak rapat dikesan.

Kisah 5

Pergi mesyuarat di KL. Tidak buat penilaian risiko. Masuk kerja macam biasa. Akhirnya 36 disahkan positif. Akhirnya ribuan kontak terpaksa disaring.

Berpuluh-puluh kisah boleh di share untuk diambil iktibar untuk mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP. SOP semua KELAUT. Sebab apa kelaut. Sebab mereka tak cakna, sambil lewa dan perlekehkan PEMATUHAN SOP. Semuanya dianggap rekaan dan menyusahkan.

Kita tak tahu status kawan kita masa majlis sosial di atas. Kita hanya tahu bila mereka disahkan positif. Akhirnya kita menjadi kontak rapat. Nasib tak baik kita pula disahkan positif.
IKTIBAR NYA, jangan ambil mudah kebolehjangkitan Virus Covid 19 ni seperti berdiskusi untuk marking paper exam, akhirnya 3 guru disahkan positif.

Semua pemimpin masyarakat dari semua peringkat termasuk semua Ketua Jabatan sila pastikan PEMATUHAN SOP dikalangan semua rakyat dan anggota di kawasan/Jabatan masing2.

TANGGUHKAN semua majlis perkumpulan. Semua kena DUDUK RUMAH. Tidak ada guna peraturan PKP kalau masih ada yang bersukaria.

Kalau rakyat Terengganu rasa mereka kebal kepada Covid 19 teruskan aktiviti suka ria kalian.

Tiada paksaan untuk anda membaca tulisan ini. Boleh abaikan. Kalau ada manfaat sebarkan nasihat ini kepada semua orang.

Pesanan #PKNTrg
Dr Nor Azimi Yunus
Pengarah Kesihatan Terengganu

Pautan asal: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157935000376237 /

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jenama Origins Menawarkan Potongan Harga Sehingga 50% Sempena Pra Jualan Di Lazada

daftar boost ewallet

Cara Daftar Boost eWallet & Tebus Kredit Percuma RM150 eBelia