Penggunaan Ketum Secara Terbuka Telah Dibenarkan
BANGKOK: Thailand hari ini telah mengeluarkan ketum daripada senarai dadah berbahaya, yang sekian lama digunakan sebagai ubat herba, dan sekali gus “menghalalkanya” penggunaannya secara terbuka.
Namun begitu, tindakan membenarkan menggunaan ketum secara terbuka telah dikritik pengawal selia perubatan darpada beberapa negara lain. Ini kerana mereka menganggap ketum itu masih lagi tidak selamat kerana akan wujudnya risiko ketagihan dan penyalahgunaan.
Ketum kini dilaporkan semakin terkenal di Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memberi amaran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan penyalahgunaan dan ketagihan.
Ini kerana daun pokok ketum itu boleh merangsang reseptor otak sama seperti dadah jenis morfin, cuma kesannya lebih ringan dan kebanyakan pengguna ketum ini adalah daripada penduduk selatan Thailand, menjadikan ketum itu sebagai ubat tahan sakit dan juga tenaga tambahan untuk buruh kasar.
Anucha Burapachaisri, berkata dalam satu kenyataan pindaan undang-undang di Thailand itu, bahwa ketum kini boleh dijual beli secara sah serta boleh digunakan untuk makan dan minum.
Katanya lagi “Pada masa yang sama, seramai lebih 1,000 banduan yang menjalani hukuman kerana didakwa melakukan pelbagai jenis penyalahgunaan ketum akan dibebaskan.
Menurut kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Thailand, mereka menganggarkan bahawa tindakan membenarkan ketum itu akan menjimatkan kos pendakwaan sekitar 1.69 bilion baht (RM210 juta) yang perlu ditanggung pihak berkuasa.
Nama saintifiknya ialah Mitragyna speciosa atau dipanggil ketum adalah sejenis spesies pokok kopi yang sudah digunakan di Asia Tenggara dan Papua New Guinea berkurun lamanya kerana kelebihan daun itu dapat mengurangkan kesakitan dengan memberi sedikit kesan yang mengkhayalkan.