Tak Berkasut, Meluru Duduk Di Pelamin Gara-gara Tekanan Putus Cinta

Dalam musim PKP ini, setiap kita mengalami pelbagai ujian yang berbeza-beza.

Malah, ia mungkin lebih berat bagi sesetengah yang lain dan hanya mereka saja yang mengetahui perasaan apabila mengalaminya.

Dikongsikan oleh Jabatan Agama Islam (JAWI) melalui media sosial Facebook hari ini, seorang pemuda dengan tidak semena-mena telah masuk ke ruang majlis akad nikah di JAWI tanpa berkasut.

Yang lebih menghairankan, lelaki tersebut terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

Mengalami Tekanan Perasaan Akibay Putus Cinta

Difahamkan pihak keselamatan telah dapat menangani hal ini.

Setelah disiasat, pihak JAWI mendapati bahawa pemuda tersebut mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

Didoakan juga agar pemuda ini diberikan kesembuhan dan jalan keluar daripada permasalahan yang dihadapinya.

Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya.

Baca juga: Jenayah Orang Ketiga: Cara Buat Aduan ‘Perosak’ Rumah Tangga

Rata-rata, netizen juga bersimpati dengan keadaan lelaki tersebut.

Pelbagai kata-kata positif dan ucapan semangat dilahirkan di ruangan komen.

Kami juga berharap agar lelaki ini, dan juga semua yang menghadapi ujian, agar diberi kemudahan dalam mengatasinya.

*Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: