Cuti Matrikulasi: Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2023 / 2024

Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2023 / 2024 | Takwim Matrikulasi KPM

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya terpilih untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi. Berikut dikongsikan Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2023 / 2024 mengikut takwim matrikulasi KPM. 

Program Matrikulasi

Untuk pengetahuan anda, program matrikulasi merupakan salah satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Para pelajar lepasan SPM boleh memohon untuk masuk ke program ini selepas mendapat keputusan SPM. 

BACA JUGA: Permohonan UPU Online 2023/2024 | Syarat & Cara Memohon

Kalendar Akademik Matrikulasi 2023 / 2024

Berikut merupakan kalendar akademik Matrikulasi bagi sesi 2023/2024 mengikut Takwim Matrikulasi yang telah dikeluarkan oleh KPM.

NOTA: 

  • Kumpulan A – Kedah, Kelantan dan Johor
  • Kumpulan B – Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor

SEMESTER I/III

Cuti Matrikulasi: Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2023 / 2024

SEMESTER II/IV

Cuti Matrikulasi: Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2023 / 2024

Tarikh Cuti Semester & Umum (Perayaan) Matrikulasi 2023

Berikut ialah cuti tambahan perayaan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk semua Kolej Matrikulasi di Malaysia:

NOTA: Tarikh cuti bagi pelajar Matrikulasi adalah tertakluk kepada negeri lokasi Matrikulasi. 

  • Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) – 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) – 1 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
  • Hari Krismas – 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
Cuti Matrikulasi: Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2023 / 2024

Anda boleh muat turun Kalendar Akademik Matrikulasi 2023 / 2024 & Cuti Semester di bawah: (PDF)

Tarikh Lapor Diri Matrikulasi

Mengikut Takwin Matrikulasi KPM 2023/2024, tarikh lapor diri bagi pengambilan baru Matrikulasi pada tahun ini adalah pada tarikh berikut:

  • 9 Julai 2023 – Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)
  • 10 Julai 2023 – Kumpulan B (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)

NOTA: Sila rujuk surat tawaran kemasukan ke Matrikulasi untuk mengetahui kampus Matrikulasi yang ditempatkan dan bidang pengajian yang ditawarkan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: 

https://www.moe.gov.my/muat-turun/takwim/takwim-matrikulasi/5540-kalendar-akademik-program-matrikulasi-kpm-sesi-2023-2024

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: