Jerebu, Semakan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Terkini

Jerebu, Semakan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Terkini | Sejak beberapa hari yang lalu, beberapa titik panas dikesan yang menyebabkan jerebu mencemari ruangan udara Malaysia. Situasi ini mendatangkan kegusaran masyarakat untuk beraktiviti di luar rumah. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut info mengenainya. 

Pengenalan Jerebu

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.

Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.Apabila partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancara cahaya matahari ke bumi.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya jerebu antaranya ialah; pembakaran secara terbuka, asap dari kilang dan kenderaan dll. 

Golongan yang berisiko tinggi seperti kanak – kanak, warga emas, pesakit asma, pesakit bronchitis, pesakit radang paru-paru yang kronik, pesakit jantung dan alahan perlu mengambil langkah pencegahan jika fenomena jerebu berlanjutan seperti:

  • Mengurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
  • Minum air yang secukupnya.
  • Memakai topeng muka apabila berada di luar rumah.
  • Kerap membasuh muka dan bahagian bahagian yang terdedah kepada jerebu.
Jerebu, Semakan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Terkini

Maksud IPU

Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollution Index (API) adalah penunjuk kualiti udara ambien di Malaysia dan mencerminkan kesannya kepada kesihatan manusia.

Pengiraan IPU berdasarkan nilai subindeks (sub-IPU) yang terpakai di Malaysia dan Amerika Syarikat.

Sub-IPU ini merangkumi enam parameter iaitu debu, sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon (O3), karbon monoksida (CO) dan kepekatan logam PM10 bersaiz 10 mikron ke bawah.

IPU dibahagikan kepada lima peringkat iaitu baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya. 

  • Baik / Good (0-50)
  • Sederhana / Moderate (51-100)
  • Tidak Sihat / Unhealthy (101-200)
  • Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy (201-300)
  • Merbahaya / Hazardous (300 above)

BACA JUGA: Strok Haba: Gejala, Cara Mencegah & Rawatan

ipu jerebu TERKINI  APIMS (Air Pollution Index Malaysia System)

Cara Menyemak IPU Jerebu Terkini (APIMS)

Untuk mendapatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) jerebu yang terkini di kawasan anda, sila layari laman web APIMS di pautan berikut: https://apims.doe.gov.my/api_table.html 

Bacaan IPU yang dipaparkan akan dikemaskini setiap jam.

Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan

Pihak kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin teruk.

Berikut ialah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang memaparkan nilai IPU, tahap amaran, tindakan dan agensi terlibat (rujuk gambar): 

Jerebu, Semakan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Terkini

Langkah Pencegahan & Kawalan Kesihatan

Pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga semasa jerebu. Jangan lupa ambil tahu tahap jerebu di kawasan anda untuk mengetahui tindakan yang anda perlu lakukan.

Indeks pencemaran di bawah 50 adalah baik. Anda boleh melakukan aktiviti luar rumah seperti biasa.

Apabila indeks pencemaran menunjukkan nilai 51-100, individu yang sensitif perlulah mengurangkan aktiviti luar rumah.

Elakkan melakukan aktiviti luar rumah sekiranya indeks pencemaran menunjukkan angka 100 dan ke atas.

Jerebu, Semakan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Terkini

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat terkini tentang status jerebu di kawasan anda, sila ikuti saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: