15 Idea Ucapan Selamat Berpuasa 2023
15 Idea Ucapan Selamat Berpuasa 2023
Tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan yaitu bulan penuh keberkatan dan mewajibkan setiap muslim untuk berpuasa selama sebulan sebelum menyambut bulan Syawal.
Mengikut kalendar, bulan Ramadhan akan jatuh pada 23 Mac 2023 untuk tahun ini. Namun, ia akan ditetapkan mengikut pengumuman rasmi kelak setelah melihat anak bulan.
BACA JUGA: Cuti Awal Ramadhan 2023 & Tarikh Mula Puasa Malaysia (JAKIM)
Ucapan Selamat Berpuasa
Dalam kemeriahan menyambut bulan Ramadhan, ucapan selamat berpuasa tidak ketinggalan untuk diucapkan kepada sanak saudara, rakan-rakan dan kenalan. Ramai yang mengambil peluang ini untuk berhubung kembali dan menjalin silaturrahim bagi memulakan bulan Ramadhan dengan hati yang tenang.
Terdapat pelbagai versi ucapan selamat berpuasa yang anda boleh ucapkan mengikut kesesuaian dan citarasa anda. Bagi membantu anda merangkai ucapan selamat berpuasa dengan lebih menarik, jom teruskan membaca.
15 Idea Ucapan Selamat Berpuasa 2023
1. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga dapat menjalani dengan baik dan banyakkan beribadah. Marhaban Ya Ramadhan!
2. Ramadhan Mubarak! Semoga pintu berkah tetap terbuka untuk kita semua di tahun ini.
3. Selembut embun di pagi hari, tengadah tangan sepuluh jari, ucapkan salah setulus hati, mari kita bersama berbenah diri, di bulan Ramadhan yang suci. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.
4. Jangan sesalkan perpisahan, jika itu untuk kebaikan. Dari jauh aku ucapkan, selamat berpuasa di bulan Ramadhan!
5. Sucikan hati, sucikan jiwa, dan bersihkan pikiran. Marhaban ya Ramadhan.
6. Setitik tinta jadi noda. Setitik salah jadi dosa. Bulan penuh berkah segera tiba. Mari tekun ibadah di bulan puasa. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa!
7. Selamat berpuasa. Semoga segala amalan kita akan diterima. Jangan ponteng puasa tau!
8. Kul Ramadan wa anta bi khayr. (Selamat menjalankan puasa Ramadhan).
9. Ramadan mubarak, mubarak alaikumusy syahr. (Ramadhan penuh berkah. Semoga bulan ini penuh keberkahan untukmu)
10. Ramadan Mubarak! May the month of the Quran bring contentment to your heart.
11. Ramadhan Kareem!
12. Gersang bumi tanpa hujan, gersang akal tanpa ilmu, gersang hati tanpa iman, gersang jiwa tanpa amal. Selamat menjalankan ibadah puasa sunnah. Semoga berkah.
13. Ketika matahari terbit, tanda nafsu harus ditahan. Ketika matahari terbenam, tanda pelepas dahaga dan juga lapar. Jalani ibadah puasa dengan sepenuh hati, agar kelak amal tidak disesali. Selamat berpuasa!
14. Kalau bangun sahur pun susah, macam mana nak bangun rumah tangga. Ihak. Selamat berpuasa!
15. Jangan sahur sesudah waktunya, jangan berbuka sebelum waktunya. Selamat menunaikan ibadah puasa ya!
Niat Berpuasa di Bulan Ramadhan
1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala.
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.
BACA JUGA:
Tips Menuju Ramadhan
1. Melatih diri berpuasa sunat. Contohnya puasa hari Isnin & Khamis.
2. Selesaikan puasa yang perlu diganti.
3. Pelajari hukum hakam puasa.
4. Jaga kesihatan.
5. Rancang jadual harian ketika bulan puasa. Sebaiknya tetapkan target agar lebih bersemangat.
Selamat Berpuasa!