Pelanggan BSN Diminta Kemas Kini Maklumat Sebelum 30 September 2022

KEMASKINI MAKLUMAT PELANGGAN BSN UNTUK MENGELAKKAN GANGGUAN PERKHIDMATAN

Pelanggan BSN dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat terkini (pekerjaan, alamat dan nombor telefon) di mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan sebelum 30 September 2022.

Perkara itu dimaklumkan oleh BSN Malaysia melalui sebuah notis terkini yang dimuatnaik di media sosial rasmi BSN Malaysia pada 27 April 2022.

Menurut notis berkenaan, tujuan utama perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat Pelanggan adalah untuk memastikan maklumat Pelanggan lengkap dan terkini bagi memudahkan pihak Bank untuk menghubungi pelanggan (jika perlu).

Siapakah Yang Perlu Kemaskini Maklumat Di BSN?

Pelanggan yang perlu membuat kemaskini adalah mereka yang masih belum mengemas kini maklumat berikut dalam tempoh 4 tahun:

  • 1) Kad Pengenalan (MyKad/MyPR/MyKas)
  • 2) Alamat Tetap/ Alamat Surat-menyurat
  • 3) No. Telefon
  • 4) Nama Majikan

Cara Kemaskini Maklumat No Telefon / Alamat BSN

Sila ambil maklum bahawa pengemaskinian Maklumat Pelanggan tidak boleh dilakukan melalui laman Web MyBSN.

Sebaliknya, ia boleh dilakukan di Cawangan BSN ataupun melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN mengikut jenis maklumat seperti berikut:

i) Kemaskini di Cawangan BSN:

  • Alamat terkini
  • Majikan terkini
  • Nombor telefon terkini (Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan)

ii) Kemaskini melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN (1-300-88-1900)

  1. Alamat terkini
  2. Majikan terkini
  3. Nombor telefon terkini TIDAK BOLEH dikemaskini melalui panggilan ke Pusat Perhubungan Pelanggan (Anda perlu hadir ke Cawangan BSN dengan membawa bersama kad pengenalan untuk pengesahan)
kemaskini bsn

*Pengemaskinian nombor telefon adalah perlu untuk memudahkan BSN menghubungi pelanggan bagi transaksi perbankan yang melibatkan kewangan seperti TAC dan BOSS CODE.

Baca juga: Senarai Kelonggaran SOP Terkini Mulai 1 Mei 2022 – KKM

Tarikh Akhir Kemaskini Maklumat

Tarikh akhir kemaskini maklumat bagi pelanggan yang terlibat adalah sebelum atau pada 30 September 2022.

kemaskini bsn

Apakah yang akan berlaku sekiranya Pelanggan gagal untuk mengemas kini maklumat mereka sebelum atau pada 30 September 2022?

Akaun pelanggan akan mengalami gangguan perkhidmatan sementara waktu dan tiada perubahan pada baki akaun sehingga pengemaskinian maklumat dilakukan.

Buat sementara waktu, anda tidak boleh membuat transaksi pengeluaran wang dan pembayaran bil.

Penggunaan kemudahan ATM dan Perbankan Internet MyBSN juga akan terganggu buat sementara waktu sehingga pengemaskinian maklumat dilakukan oleh anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila notis BSN di bawah:

kemaskini bsn
kemaskini bsn

Sumber:

Baca juga: Budak 10 Tahun Maut, Cuba Tahan Kereta Mengundur Selepas Turunkan Brek Tangan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: