“Ada Harapan Rentas Negeri, Tapi Kena Bersabar Sikit Lagi,”- KJ

BOLEH RENTAS NEGERI TIDAK LAMA LAGI

Aktiviti rentas negeri serta beberapa lagi kelonggaran lain akan dipertimbangkan dan diberikan dalam masa yang terdekat.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bersama dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan.

Oleh yang demikian, beliau meminta rakyat untuk bersabar dan memberi sedikit ruang buat kerajaan untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

Baca juga: Langkawi Dibuka Semula Sempena Hari Malaysia 16 September Ini

“Saya sudah bincang perkara ini dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan kita sedang mengemukakan beberapa cadangan, jadi kita akan bawa ke MKN dalam masa terdekat.

“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” katanya dalam sesi temubual, memetik laporan Utusan Online.

Sumber: Utusan Online

Baca juga: Bayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC) Fasa 1 Bermula 6 September 2021

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: