Semakan Status & Bayaran BKC Fasa 1 (Bantuan Khas COVID19)
RASMI: Semakan & Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 secara berperingkat bermula 6 September
Ramai yang tertunggu-tunggu bilakah tarikh bayaran BKC akan mula dikreditkan.
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui mesyuarat yang diadakan dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.
Ia juga telah disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui sebuah kenyataan rasmi.
Seperti yang diumumkan, pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.
Jika anda kurang pasti sama ada anda layak menerima bayaran bantuan BKC, di sini kami kongsikan info lanjut tentang semakan kelayakan serta jumlah bayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC) Fasa 1 yang terkini.
Apakah Bantuan Khas COVID19 (BKC)?
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Syarat Kelayakan
Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:
- Miskin tegar
- B40
- M40
Sila rujuk jadual kelayakan penerima BKC dengan terperinci melalui kriteria di bawah:
Semakan Status Bantuan BKC
Orang awam boleh membuat semakan status kelayakan BKC mulai 6 September 2021 melalui 2 cara berikut:
- i) Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021)
- ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47
Status penerima akan dipaparkan seperti berikut:
Status : PENERIMA BKC
Status: BUKAN PENERIMA BKC
Semakan Jumlah Bayaran BKC Fasa 1, Fasa 2 & Fasa 3
Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut:
Miskin Tegar
- RM1,300 (Isi Rumah)
- RM500 (Bujang)
B40
- RM800 (Isi Rumah)
- RM200(Bujang)
M40
- RM250 (Isi Rumah)
- RM100 (Bujang)
Sila rujuk jumlah bayaran yang akan diterima bagi Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 BKC secara terperinci melalui jadual di bawah:
Baca juga: Talian Whatsapp Op Bantu Seluruh Negara (Bantuan Terputus Bekalan Makanan)
Semakan Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC Fasa 1)
Pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa seperti berikut:
- BKC Fasa 1: Mulai 6 September 2021 (*Bagi kategori M40 bermula 9 September 2021)
- BKC Fasa 2 : November 2021
- BKC Fasa 3 : Disember 2021
Kedah Pembayaran
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Kategori Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- Kategori B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- Kategori M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
Jika anda tiada akaun bank, sila rujuk cara penunaian di kaunter BSN melalui notis berikut: Semakan & Kaedah Bayaran BKC Fasa 1 Secara Tunai Di BSN
Cara Permohonan / Pendaftaran BKC
Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:
- Kategori Miskin Tegar – Data Permohonan BPR 2021
- Kategori B40 – Data Permohonan BPR 2021
- Kategori M40 – Rekod Percukaian (LHDNM)
Baca juga: BPR Fasa 3: Tarikh Bayaran & Jumlah Baki Yang Akan Diterima
Baca juga: GKP 4.0 : Bantuan RM1000 Untuk PKS, Bayaran Pada September & November
Terlupa Kata Laluan BKC
Jika anda terlupa kata laluan dan mengalami masalah untuk login ke akaun BKC, sila rujuk langkah ini untuk menetapkan semula kata laluan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini tentang bayaran BKC, sila rujuk Portal BPR dan Soalan Lazim Bantuan Khas COVID-19 di bawah