Bantuan Am Persekutuan Sehingga RM350 Sebulan

Bantuan Am Persekutuan Sehingga RM350 Sebulan ~ Sukacita dimaklumkan, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Am Persekutuan Sehingga RM350 Sebulan untuk rakyat yang memerlukan. Ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajan terhadap kebajikan rakyat Malaysia. 

Bantuan Am Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan tunai sehingga RM350 sebulan buat individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

BACA JUGA: Program Bantuan Kad Perak Sejahtera – Cara Memohon

Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. 

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga. 

NOTA: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Bantuan Am Persekutuan

Syarat Kelayakan Bantuan Am Persekutuan

Untuk memohon bantuan ini, anda boleh rujuk syarat-syarat kelayakan di bawah: 

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
  • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

BACA JUGA: Intipati Bajet 2023: Senarai Bantuan & 20 Inisiatif Penting

Cara memohon

Sekiranya menepati syarat-syarat, ana boleh rujuk cara membuat permohonan di bawah: 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di pautan berikut: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=SnBhRGJjYVdIc1lodEJsZE51ekxtUT09 

Atau: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bam.html?fbclid=IwAR3UgL4l0a2q2Hs5tDet02d4zWuGzZiSIHBYnZcX64l3zypUxk06OBP0iyc

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: