in

Semakan & Kaedah Bayaran BKC Fasa 1 Secara Tunai Di BSN

bkc fasa 1 tunai
ADVERTISEMENT

SEMAKAN STATUS & BAYARAN BKC FASA 1 UNTUK PENERIMA TUNAI

Tentu ramai dah sedia maklum bahawa tarikh bayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC) telah diumumkan iaitu pada 6 September 2021.

ADVERTISEMENT

Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pembayaran BKC fasa pertama itu mengalami sedikit kelewatan berbanding tarikh yang dijadualkan.

“Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada Ogos lalu, justeru saya mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

“Hari ini, dana berjumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan. Proses pengkreditan fasa satu akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tarikh Bayaran BKC Fasa 1 Untuk Penerima Tunai Di BSN

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran tunai BKC di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 6 September 2021 dan ia dilakukan secara berperingkat.

BAYARAN TUNAI BKC FASA 1

Cara Semakan Status Kelayakan / Bayaran

Pembayaran BKC akan dibuat berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Penerima boleh membuat semakan status kelayakan melalui cara berikut:

  • i) Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021)
  • ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Untuk menerima bayaran BKC secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKC Fasa 1.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.

Jumlah Bayaran BKC Fasa 1 Yang Akan Diterima

Jumlah bayaran BKC yang akan diterima adalah mengikut kategori.

Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lengkap tentang kadar bayaran BKC Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang BKC, sila rujuk artikel berikut: Bayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC) Fasa 1 Bermula 6 September 2021

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 Kebaikan Air Halia Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Tingkatkan Imuniti

Guru Yang Enggan Divaksin Tidak Dibenarkan Mengajar Pelajar- Radzi