Skim MyEzyCover: Takaful Kenderaan Secara Ansuran Untuk Penjawat Awam

MyEzyCover TAWAR PEMBELIAN TAKAFUL KENDERAAN SECARA ANSURAN TANPA FAEDAH SERTA PATUH SYARIAH

Skim ini adalah untuk penjawat awam dan golongan B40 membeli takaful kenderaan secara ansuran serendah RM50 sebulan.

Telah berlangsung satu sesi tandatangan perjanjian antara A Tech Insure Sdn. Bhd, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) dan MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) bagi pelaksanaan Skim MyEzycover.com untuk kaedah pembelian takaful kenderaan secara ansuran tanpa faedah serta patuh syariah sehingga 10 bulan menerusi potongan gaji oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

myezycover

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini.

Apakah Skim MyEzyCover?

Penjawat awam terutama daripada golongan B40 kini berpeluang membeli atau memperbaharui takaful (insurans) kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah melalui pelaksanaan Skim MyezyCover yang diperkenalkan kerajaan pada 24 November 2021.

Skim patuh syariah itu dilaksanakan dengan pembiayaian RM100 juta melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH).

myezycover

Pelan Pembayaran Yang Ditawarkan

Semua kakitangan dan kakitangan kerajaan yang layak untuk skim potongan gaji Angkasa, akan layak mendapat pinjaman tanpa faedah dengan 3 pilihan pembayaran ansuran untuk dipilih; Pelan pembayaran tertunda 3 bulan, 6 bulan atau 10 bulan dengan caj faedah / keuntungan sifar atau sebarang caj lain.

Kadar Ansuran Bulanan

Dengan ansuran serendah RM50 sebulan, Skim MyezyCover itu dapat membantu penjawat awam menguruskan pegangan tunai untuk digunakan pada perbelanjaan lain.

myezycover

Baca juga:

Cara Pembaharuan Insurans Kenderaan Dengan MyEzyCover

Dengan MyEzyCover.com, pembaharuan polisi boleh dilakukan melalui dalam talian oleh itu ia sangat mudah, menjimatkan banyak masa dan kos.

Perkhidmatan ini juga boleh diakses pada bila-bila masa dan tersedia untuk semua kakitangan kerajaan dengan tawaran ansuran pinjaman sehingga 10 bulan tanpa faedah.

Aplikasi digital dan kemudahan di bawah MyezyCover ini akan diperluaskan kepada pelanggan-pelanggan lain seperti pesara, golongan OKU dan daripada sektor swasta.

Ini selari dengan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Kerjasama PERKESO, agensi dibawah KSM serta MyANGKASA Amanah Berhad dan Atech Insure Sdn. Bhd diharap dapat memberikan manfaat kepada golongan sasaran demi kesejahteraan mereka.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut tentang skim MyEzyCover, sila layari https://www.myezycover.com/sg-bin/tabs/faq atau Facebook MyEzyCover.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: