Lupa Kata Laluan BKC? Ini Cara Set Semula Password / Aktifkan Akaun Yang Disekat

LUPA KATA LALUAN BKC – INI CARA SET SEMULA PASSWORD / AKTIFKAN SEMULA AKAUN YANG DISEKAT

Saya telah berjaya daftar MyBKC, tetapi saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk MyBKC. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?

Mungkin ramai antara kita yang mengalami masalah ini.

Kata laluan adalah penting untuk membuat semakan maklumat pembayaran dan status terkini anda berkaitan BKC.

Jika anda lupa kata laluan dan mengalami masalah untuk login ke akaun BKC, sila rujuk langkah di bawah:

Langkah Yang Perlu Dilakukan Jika Lupa Kata Laluan BKC

Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

lupa kata laluan bkc

Anda akan mendapat paparan seperti berikut:

a) Jika mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian

  1. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  2. Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
  3. Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
  4. Semak e-mel dan log masuk semula MyBKC di pautan https://bkc.hasil.gov.my/
  5. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  6. Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.

b) Jika tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah

  1. Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
  2. Pemohon perlu menjawab Soalan Keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Baca juga: Pekerja Positif COVID Boleh Claim PERKESO. Ini Syarat & Cara Tuntutan

Tersilap Menjawab Soalan Keselamatan Melebihi 3 Kali

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Sila cuba semula selepas 24 Jam”.

Jika saya masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau kunjungi Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.

Selepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab
soalan keselamatan yang dipaparkan.

Baca juga: Semakan & Kaedah Bayaran BKC Fasa 1 Secara Tunai Di BSN

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.

*Sumber: FAQ BKC

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: