BPR Fasa 3: Bayaran Mulai 28 Sept, Ini Jumlah Baki Yang Akan Diterima

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September secara berperingkat melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan sebentar tadi, BPR Fasa 3 akan dibuat bersekali dengan bayaran rayuan BPR Fasa 2 yang berstatus lulus.

Penerima boleh membuat semakan status mulai 18 September 2021.

Pembayaran pula akan dikreditkan bermula 28 September ini.

Bagi mereka yang berstatus LULUS, mereka layak untuk memohon Program Jaringan Prihatin.

Baki Bayaran BPR Fasa 3

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

KADAR BAYARAN BPR FASA KETIGA

  • Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5000 ke bawah: RM100-RM1100 (Bergantung kepada bilangan anak)

Sila rujuk jadual berikut untuk perincian pembayaran:

Sumber: FAQ BPR Fasa 2

Jumlah yang akan diterima bagi pemohon yang Lulus BPR Fasa 2 (Bukan penerima Fasa Pertama)

bpr fasa 3

Jumlah bayaran BPR Fasa 3 bagi yang telah mengemaskini status bujang kepada berkahwin semasa BPR Fasa 2.

bpr fasa 3

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran BPR Fasa Ketiga ini akan dibuat bermula pada 28 September 2021.

Makluman terkini akan dimaklumkan oleh LHDN atau Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.

Cara Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3

Untuk membuat semakan status bayaran melalui Portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
  5. Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.
    • ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi.
    • ‘Gagal Kredit’ = bermakna akan diberi nombor baucer untuk dituntut di BSN secara tunai

Nota: Jika anda belum menerima pembayaran Fasa 2, sila rujuk di SINI untuk membuat semakan dan rayuan.

Untuk makluman, jumlah penuh bantuan mengikut kadar pendapatan isi rumah adalah seperti berikut:

bayaran bpr fasa 3

Semakan Rayuan BPR

Bagi memastikan BPR dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak, permohonan rayuan telah dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Rujuk: Tarikh Rayuan BPR Fasa 2 & Alasan Tidak Lulus (Walaupun Dapat Fasa 1)

Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :

Isi Rumah

  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas

Bujang

  • Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun

Kategori Isi Rumah BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
  • Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS
  • Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah
  • Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)
  • Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta

 Kategori Bujang BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)
  • Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU

Tarikh bayaran Rayuan BPR yang dibuat semasa Fasa 2 akan dibayar pada bulan Ogos 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 3, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: