Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Untuk Kemasukan Sekolah & IPT

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ~ Kepada sesiapa yang berkelayakan, terutamanya para pelajar yang bakal memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), sila ambil perhatian.

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW telah dimulakan sejak daripada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara “one off” sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA

Kelayakan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA

Syarat-syarat yang melayakkan pelajar untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang terkini.
  • Pemohon telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
  • Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.

Kadar Bantuan (Akan dikemaskini)

Kadar bantuan bagi setiap peringkat pengajian adalah sepertimana di bawah:

Jenis BantuanKadar Bantuan
SBP,MRSM,Sek.Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi,   Pusat Pengajian (Latihan/ Pendidikan bertaraf Sijil)RM500.00
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah PertamaRM1000.00

Cara Memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA

Untuk memohon, anda boleh memuat turun borang permohonan melalui pautan berikut:

Senarai Dokumen Wajib 

Semua Salinan dokumen di bawah hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional [Gred 41 / Kumpulan A dan ke atas]) ATAU Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Sidang/MPKK/ Pengerusi JKKR/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Temenggong/ Kapitan/ Pemanca (Mukim kawasan tempat tinggal)/ Pengerusi Persatuan Penduduk/ Pengerusi JKKK/ Ahli Parlimen/ ADUN/ Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai.

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/MRSM/ Sekolah Asrama Harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam.
  • Salinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam.
  • Salinan Penyata Pendapatan Bulanan/Slip gaji bulanan ayah/ibu atau waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan.
  • Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.

NOTA PENTING:

Borang permohonan rasmi berserta lampiran lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau perkhidmatan kurier kepada urus setia AAB, KKDW di alamat seperti berikut: 

URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA (AAB), 

KKDW Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran, 

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, 

Aras 24, No. 47 Persiaran Perdana Presint 4, 

62100 PUTRAJAYA. 

  • No. tel.:03-8891 2226/2237/2214/2215 
  • No. faks.: 03-8888 2336 
  • E-mel :[email protected]

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web berikut: https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: