TARIKH PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2022
Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sejumlah RM450 juta diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan 2022.
Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Kadar Bantuan
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai 2022, kenaikan RM50.00 berbanding RM100.00 tahun sebelumnya.
Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2022
KPM telah menerima peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2022 sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 dengan kadar yang telah dinaikkan kepada RM150 bagi setiap penerima.
KPM menyedari terdapatnya keperluan ibu bapa/penjaga untuk membuat persiapan awal anak-anak, khususnya bagi memulakan sesi persekolahan 2022/2023 pada 21 Mac 2022.
Oleh yang demikian, pemberian BAP bagi sesi persekolahan 2022/2023 kepada murid akan mula diagihkan pada 17 Januari 2022.
Agihan ini dibuat lebih awal bagi membolehkan persiapan untuk anak-anak dapat dibuat sebelum sesi persekolahan baharu bermula.
Berikut dikongsikan Kenyataan Media KPM mengenai pengagihan BAP bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023.


Sumber: KPM
Syarat Kelayakan
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Kaedah Bayaran
- Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Cara Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022
Tiada borang permohonan yang perlu diisi.
Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah.
Rujuk : APDM KPM: Cara Kemaskini Maklumat Untuk Ibu Bapa
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan_Awal Persekolahan (BAP), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut: https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap
ATAU
Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan info lanjut.
Rujuk senarai penuh Pembentangan Bajet 2022:
Bajet 2022: Intipati Bantuan Rakyat Yang Diumumkan