in

Senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022

bantuan kasih bangsa johor
ADVERTISEMENT

Pengumuman Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022

Hari ini, 14 April 2022, telah diumumkan insentif khas Kerajaan Negeri Johor, iaitu Bantuan Kasih Bangsa Johor oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

ADVERTISEMENT

Sejumlah RM144.36 juta telah diperuntukkan untuk Bantuan Kasih Bangsa Johor ini meliputi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi dengan 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor.

Semoga insentif Bantuan Kasih Bangsa Johor ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Johor khususnya.

Berikut dikongsikan sepenuhnya senarai bantuan yang terlibat dalam insentif ini:

Senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022

Berikut disenaraikan antara bantuan yang telah diumumkan dalam Insentif Khas Kerajaan Negeri Johor pada 14 April 2022:

  • Bantuan Beras Bangsa Johor
    • Setiap Ketua Isi Rumah di Johor akan menerima 10kg beras
  • Bantuan Pekerja Ekonomi GIG
    • Bantuan RM300 Pemandu Teksi, e-Hailing, Penghantar makanan
  • Bantuan Imarah Masjid & Surau
    • RM500 Kepada Imam, Bilal, Noja, Kariah serta penggerak masjid dan penyelia Al-Quran
bantuan kasih bangsa johor
  • Bantuan khas Aidilfitri Fakir Miskin
    • RM400: Golongan fakir
    • RM300: Golongan miskin dan setiap tanggungan pula terima tambahan RM50
bantuan kasih bangsa johor
  • Bantuan Pasangan Raja Sehari
    • Bantuan RM1000 kepada pasangan yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah
bantuan kasih bangsa johor
  • Program i-Berkat
    • Bantuan kepada golongan B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) berbentuk barang sumbangan isi rumah dan kit kesihatan serta barang keperluan pesakit kronik / terlantar
bantuan kasih bangsa johor
  • Bantuan Pelancongan
  • RM1000 untuk pemandu pelancong, pengusaha homestay dan pengusaha bot pelancongan

Sila rujuk senarai penuh BKBJ dalam lampiran di bawah:

Sumber: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz dan laman web rasmi Kerajaan Johor.

Baca juga: Doktor Kongsi Jenis Ubat Batuk Yang Sesuai Untuk Anak, Jangan Salah Bagi!

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut tentang insentif Bantuan Kasih_Bangsa Johor 2022 boleh dilihat dan dimuat turun di https://www.johor.gov.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Aras 1,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79000 Iskandar Puteri, Johor

Talian Am: +607 266 6070 / +607 266 6071
Faks: +607 290 9022 / +607 290 9955

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

ubat batuk anak

Doktor Kongsi Jenis Ubat Batuk Yang Sesuai Untuk Anak, Jangan Salah Bagi!

Kontak Rapat Tidak Lengkap Vaksin, Tidak Bergejala Kini Tidak Perlu Kuarantin