Cara Mohon Bantuan Khairat Kematian KWSP RM2,500

Tahukah anda, terdapat bantuan khairat kematian ahli KWSP sebanyak RM2500 yang boleh dituntut oleh waris.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.

Apakah Bantuan Khairat Kematian KWSP?

Bantuan Khairat Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP).

Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada “orang tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

*KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan bayaran Bantuan Kematian.

khairat kematian kwsp

Syarat-syarat

Waris ahli yang mohon Pengeluaran Kematian akan menerima Bantuan Kematian sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Ahli yang meninggal adalah warga Negara Malaysia/ PR / Bukan WargaNegara yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998.
  2. Ahli meninggal sebelum umur 60 tahun,
  3. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP,
  4. Pemohon adalah orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa),
  5. Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, anda boleh melayari i-Akaun atau membuat tuntutan dengan mengisi borang berikut:

MUAT TURUN BORANG KHAIRAT KEMATIAN KWSP :

khairat kematian kwsp

atau

muat turun di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/KWSP_9KM_AHL.pdf/f2cb891a-3e94-71d2-8863-79d7205f0f72?t=1562206410017

Dokumen Permohonan

  1. Borang KWSP 9KM (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  2. Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/ Akaun Semasa/ Surat Pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank / Akaun Harta Pusaka Simati- Nama Simati)
  3. Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/ Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  4. Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/ Institusi Perundangan/ Amanah Raya Berhad (ARB)
  5. Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  6. Salinan Dokumen Sijil Kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  7. Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
  8. Sijil kelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU Surat Penceraian ahli/ Bukti Pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
  9. Borang Perakuan Tanggungjawab

Baca juga:

Kaedah Pembayaran Khairat Kematian KWSP

I) DALAM NEGARA

Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikredit ke dalam akaun pemohon
Jika pemohon ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank

Pemohon akan diberi Cek Jurubank 
Jika bayaran ke akaun pemohon gagal

II) LUAR NEGARA

Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam matawang pilihan pemohon
Jika matawang pilihan pemohon terdapat di dalam senarai matawang yang disahkan

Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam matawang US Dolar
Jika matawang pilihan pemohon tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pautan ini: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/full/death.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: