PEMERKASA: Subsidi Telefon Pintar / Peranti RM300 Untuk Pendidikan

PEMERKASA: Subsidi RM300 Beli Peranti Untuk Pendidikan (Program Jaringan Prihatin)

Kerajaan akan menambah baik subsidi PROGRAM JARINGAN PRIHATIN kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu melalui pengumuman PEMERKASA.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan subsidi peranti RM300 bagi program tersebut yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Apakah Program Jaringan Prihatin?

Subsidi Program Jaringan PRIHATIN yang diumumkan pada Belanjawan 2021 lalu melibatkan bantuan sejumlah RM180 seorang dan diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi.

Bantuan kredit ini boleh digunakan untuk belanja langganan internet, atau menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baharu.

Dalam pengumuman terkini menerusi PEMERKASA, bantuan subsidi telefon pintar di bawah Program Jaringan PRIHATIN akan ditambah baik kepada RM300.

Ia dikhususkan untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan itu peruntukan di bawah program itu akan ditingkatkan kepada RM2 bilion dan dijangka dilancarkan awal bulan Mei ini.

Syarat Kelayakan

Secara amnya, subsidi yang ditambahbaik kepada RM300 ini dikhaskan untuk untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu, seperti yang diumumkan dalam Pengumuman Khas Perdana Menteri PEMERKASA semalam.

TERKINI: Syarat khusus telah diumumkan melalui Program Jaringan Prihatin.

Tarikh Bantuan Subsidi RM300

Program Jaringan Prihatin yang melibatkan bantuan RM300 untuk peranti dan telefon bimbit ini boleh ditebus mulai 5 Mei hingga 31 Julai 2021.

Baca juga: PEMERKASA: Bantuan RM500 Untuk B40, Penerima BPR Mulai Jun 2021

Cara Permohonan

Penerima yang layak boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan masing-masing dan menyertai program yang diiktiraf di bawah program ini.

Proses langganan adalah seperti di bawah:

jaringan prihatin b40

Berikut dilampirkan laman web setiap syarikat telekomunikasi yang terlibat.

Maklumat Lanjut

Layari info penuh di: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: