Pendaftaran Jaringan Prihatin B40: Subsidi RM180 / RM300 Untuk Data & Peranti
PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40 2021
Subsidi Program Jaringan PRIHATIN yang diumumkan pada Belanjawan 2021, melibatkan bantuan sejumlah RM180 seorang dan diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi.
Bantuan kredit ini boleh digunakan untuk belanja langganan internet, atau menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baharu.
Bantuan ini pertama kalinya diumumkan menerusi sebuah kenyataan rasmi oleh Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 18 Disember 2020.
Ia telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri melalui siaran langsung pada Rabu, 5 Mei 2021 jam 12.30 tengah hari.
Berikut adalah maklumat terkini tentang bantuan tersebut.
Program Jaringan Prihatin
Golongan isi rumah B40 dan calon-calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negara akan berpeluang menikmati kemudahan Internet yang lebih baik melalui pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan pada suku pertama tahun 2021 nanti.
Di bawah inisiatif-inisiatif yang memberi fokus kepada golongan B40, calon SPM dan STPM tersebut, Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan pelbagai kemudahan bertujuan membina bakat dan kemahiran digital.
Berikut adalah info penuh tentang Jaringan Prihatin dan cara menebus subsidi telefon pintar dan data peranti RM300 & RM180.
JARINGAN PRIHATIN UNTUK B40⠀
⠀
KELAYAKAN: Untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)⠀
⠀
MANFAAT: Bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.
Kerajaan dengan kerjasama pihak industri telah melaksanakan program subsidi Jaringan Prihatin untuk golongan B40 / penerima BPR seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021.
Jumlah Bantuan
NILAI MANFAAT: RM3.5 bilion (RM2b dari Kerajaan dan RM1.5b ⠀
faedah padanan dari syarikat telekomunikasi)⠀
⠀
ADA ANAK <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun⠀
⠀
TIADA ANAK: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun ⠀
Pendaftaran Subsidi RM180 / RM300 Jaringan Prihatin
TARIKH PENDAFTARAN: 5 Mei – 31 Julai 2021. Daftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan ⠀
⠀
Penerima yang layak boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan masing-masing dan menyertai program yang diiktiraf di bawah program ini.
Tarikh Akhir Permohonan
Pendaftaran untuk subsidi Jaringan Prihatin akan dibuka mulai 5 Mei hingga 31 September 2021. (Dilanjutkan)
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000
Syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyertai Program Jaringan Prihatin⠀
Berikut dilampirkan laman web setiap syarikat telekomunikasi yang terlibat.
- Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀
- Digi: https://digi.my/prihatin⠀
- Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀
- Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀
- redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀
- speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀
- Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀
- U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin⠀
- unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀
- XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀
- YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀
- Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin⠀
Maklumat Lanjut
Diharap dengan inisiatif-inisiatif yang ditawarkan ini, ia akan memberi manfaat secara langsung kepada golongan B40 serta memudahkan calon-calon SPM dan STPM membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
Layari info penuh di: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin⠀
⠀