Kemaskini GKP Dibuka Mulai 6-20 Disember 2021

kemaskini gkp

LHDN menggesa pemohon Geran Khas Prihatin PERMAI, PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang lulus tetapi status pembayaran adalah Gagal Kredit untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank mereka bermula 6 Disember sehingga 20 Disember 2021.

Pemohon tersebut boleh mengemas kini semula maklumat akaun bank di menu kemas kini akaun bank pada portal rasmi Geran Khas Prihatin (GKP).

gagal kredit kemaskini gkp

Cara Kemaskini GKP Bagi Yang Gagal Kredit

Untuk makluman pemohon yang Gagal Kredit GKP perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.

“Mereka juga boleh memberikan nombor akaun semasa peribadi dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank selain daripada akaun bank yang telah didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini, pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).

Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2021 Untuk e-Filing 2022

Cara Kemaskini Maklumat Akaun GKP

Untuk mengemaskini maklumat akaun bank melalui portal GKP, sila ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web https://gkp.hasil.gov.my
  2. Klik ‘Log Masuk’ di bahagian kanan atas.
  3. Isikan nombor kad pengenalan.
  4. Sahkan kod keselamatan.
  5. Isikan kata laluan.
  6. Kemaskini maklumat akaun bank yang betul.

Tarikh pembayaran semula ke akaun bank yang telah dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jika ada sebarang masalah sila isikan maklum balas di portal rasmi LHDNM turut disediakan di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Baca juga: KISS Selangor 2020/2021: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan Geran Khas Prihatin (GKP) boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (Luar Negara) serta di HASiL Live Chat.

Anda juga boleh menghantar sebarang pertanyaan melalui e-mel [email protected] untuk tindakan selanjutnya.