Status MySalam Bertukar ‘Tidak Aktif Bagi Tahun Semasa’, Ini Maksudnya
Ramai pemohon yang telah membuat tuntutan MySalam menyuarakan rasa risau dan keliru apabila semakan memaparkan status sebagai TIDAK AKTIF BAGI TAHUN SEMASA.
Permohonan tuntutan sebelum ini telahpun diluluskan, adakah ianya akan masih diproses atau telah terhenti?
Berikut dikongsikan info untuk makluman anda.
Maksud Status MySalam ‘Tidak Aktif Bagi Tahun Semasa’
Menurut perbincangan dalam Group Bantuan Keluarga Malaysia, salah seorang pengguna memberitahu bahawa info terkini yang didapati oleh pihak MySalam adalah belum diaktifkan bagi tahun 2022.
Anda dinasihatkan untuk menunggu kelulusan BKM untuk membuat semakan semula status MySalam.
Saya baru call pegawai. Dia cakap untuk tahun semasa 2022 semua belum diaktifkan. Sebab mysalam ni insurance untuk b40. M40 masih ditangguhkan. Jadi siapa yang lulus Bantuan kerajaan seperti BR1M,BSH,BPR @ BKM baru diaorg akan update semula. Tahun ni bantuan dah ditukar kepada BKM. So tggu je status BKM. Selalu bulan 3 tak silap baru diaorg update
Sumber: https://www.facebook.com/groups/1015717322241172/posts/1302894693523432/
Ada juga yang mengatakan “Tidak Aktif bagi Tahun Semasa” maksudnya untuk tahun 2022, maka tuntutan 2021 masih lagi berjalan.
Namun, pihak MySalam telah memaklumkan bahawa tuntutan bagi manfaat hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja.
Untuk semakan status mySalam anda, sila ke pautan berikut:
https://www.mysalam.com.my/b40/public/
Maksud Status ‘Dokumen Sokongan Diperlukan’
Selain status ‘Tidak Aktif Bagi Tahun Semasa’, sesetengah pengguna juga mendapat status ‘Dokumen Sokongan Diperlukan’.
Berdasarkan laman web rasmi MySalam, dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan / tuntutan MySalam akibat COVID19 adalah seperti berikut:
Kategori | Dokumen Yang Diperlukan untuk Penghantaran Tuntutan |
---|---|
Positif menghidap COVID-19 | Nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis;Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang. |
Disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Kuarantin | Surat perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia;Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang. |
Disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di kediaman sendiri | Surat perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia;Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang. |
Sila maklum bahawa serahan dokumen secara kiriman emel bagi tujuan tuntutan kepada mySalam, TIDAK dapat diproses dan TIDAK akan dilayan.
Semua dokumen tuntutan perlu dimuat naik ke portal mySalam / aplikasi MySalam.
Manfaat MySalam
Bagi yang masih belum memohon, berikut dikongsikan manfaat MySalam untuk makluman bersama.
Manfaat Hospitalisasi sebanyak RM 50/ semalam terhad untuk 14 hari setahun, atau bersamaan RM 700 setahun, sekiranya dimasukkan ke hospital dan bermalam di hospital panel mySalam.
- Tambahan peruntukan untuk manfaat Hospitalisasi (RM 50/ sehari untuk 14 hari, bersamaan RM 700 setahun) sekiranya anda dikuarantin di Pusat Kuarantin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Manfaat Penyakit Kritikal, sebanyak RM 8,000.00 sekali seumur hidup, bagi diagnosis salah satu dari 45 jenis penyakit kritikal yang dilindungi skim mySalam.
- Sila maklum mySalam TIDAK menyediakan manfaat berbentuk pembayaran balik bagi caj/bil/kos rawatan atau pembedahan, yang dikenakan oleh hospital swasta atau oleh mana-mana hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Sebarang caj/bil/kos bagi rawatan yang diterima perlu diselesaikan oleh pihak pesakit dengan pihak hospital.
Untuk memohon dan membuat semakan status, sila rujuk artikel berikut: MySalam Covid 19: Bayaran RM50/Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif
Maklumat Lanjut
Anda boleh mendapatkan mendapatkan maklumat atau bantuan lanjut berkenaan mySalam dari Perunding mySalam yang berkhidmat di hospital-hospital panel.
Pertanyaan juga boleh dibuat secara kiriman emel ke [email protected].
Rujuk di SINI, bagi senarai hospital panel mySalam yang meyediakan kiosk dan khidmat nasihat dari Perunding mySalam.
Anda juga boleh menghubungi talian 1-300-88-8938, bagi mendapatkan bantuan dari Pusat Khidmat Pelanggan mySalam.
Rujuk soalan lazim di laman web rasmi MySalam : https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ_Covid-BM