Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT): Semakan & Bayaran Dari 30 November

Perhatian bagi individu yang telah membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) dari Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), keputusan permohonan yang berjaya telah mula dimaklumkan melalui SMS.

Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Oktober yang lalu.

Pembayaran dilaksanakan secara berperingkat oleh Bank Simpanan Nasional mulai 30 November 2020.

Bayaran BKIT ini akan disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima.

Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut bayaran tunai melalui mana-mana kaunter cawangan BSN yang berhampiran dengan membawa bersama kad pengenalan.

semakan bkit bantuan khas ibu tunggal

Cara Semakan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Semua status kelulusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Anda juga boleh membuat semakan online melalui pautan ini:

https://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon

Jumlah Bantuan

Bayaran sebanyak RM300.00 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun
penerima yang layak.

Tarikh Bayaran

Pembayaran dilaksanakan secara berperingkat oleh Bank Simpanan Nasional mulai 30 November 2020.

Baca juga: Rayuan GKP 2.0 Dibuka Dari 7-21 Disember 2020

Cara Pembayaran

Seperti yang dimaklumkan dalam notis, bayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal JPW ini akan disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan ketika permohonan.

Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut bayaran tunai melalui mana-mana kaunter cawangan BSN yang berhampiran dengan membawa bersama kad pengenalan.

Rayuan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Tempoh permohonan rayuan BKIT akan dimaklumkan melalui portal rasmi JPW.

Baca juga: TUNAS Selangor: Pendaftaran Skim Bantuan Yuran Tadika RM50 Sebulan

Syarat Kelayakan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:

*Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

  1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
  3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Rujuk FAQ / Soalan Lazim Permohonan BKIT di SINI.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) ini, sila layari laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita di pautan berikut:

https://www.jpw.gov.my/muat-turun/

ATAU

Sila hubungi JPW untuk pertanyaan:

Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon : 03 – 8000 8000
No. Faks      : 03 – 8323 2034
Email            : [email protected]
Website       : www.jpw.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: