Semakan Rayuan GKP 2.0 Mulai 4 Februari, Terima Bayaran 5 Februari
Makluman buat pemohon rayuan GKP 2.0, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa KEPUTUSAN RAYUAN GKP 2.0 boleh mula disemak di laman web https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 4 Februari 2021.
Bagi yang LULUS, pembayaran akan dibuat pada 5 Februari 2021.
Berikut disertakan kenyataan penuh oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul yang dikongsikan melalui media sosial beliau hari ini.
Berikut dikongsikan cara semakan status rayuan GKP 2.0
Cara Semakan Status Rayuan GKP 2.0
Di bawah ini ialah cara untuk buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) secara online setelah tarikhnya diumumkan kelak.
- Layari portal rasmi GKP melalui pautan https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
- Masukkan ID Pengguna
- Klik butang Semak
- Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
- Nama
- Nombor MyKad
- Status Permohonan
- Status Permohonan dan kelulusan anda akan dipaparkan.
- Maklumat Pembayaran juga akan dipaparkan, sama ada BERJAYA KREDIT atau GAGAL KREDIT.
Di bawah dikongsikan juga maklumat lanjut yang berkaitan dengan punca / kod Gagal Rayuan GKP 2.0.
Tarikh Bayaran
Bagi yang LULUS, pembayaran akan dibuat pada 5 Februari 2021.
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran GKP 2.0 adalah sama seperti GKP 1.0 sebelum ini iaitu RM3,000 secara one-off.
Alasan / Kod Gagal GKP 2.0
Berdasarkan LHDNM, berikut adalah alasan / kod tidak lulus GKP 2.0.
Pemohon yang tidak lulus perlulah merujuk kod yang dinyatakan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membolehkan anda boleh membuat rayuan.
Untuk makluman, bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 ini adalah dikhaskan untuk-usahawan kecil dan sederhana yang belum menerima GKP sebelum ini.
Lain-lain syarat kelayakan GKP 2.0 adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
- Perniagaan mestilah berdaftar dengan LHDNM, SSM atau PBT sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
GKP Tambahan / GKP PERMAI 2021
Dalam kenyataan rasmi Tengku Zafrul turut mengingatkan tentang penambahan peruntukan GKP PERMAI yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Ia melibatkan seramai 500,000 PKS di tujuh negeri yang menjalankan PKP dengan bayaran RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri lain akan menerima sebanyak RM500.
Info terkini tentang GKP Permai yang telah dimuatnaik di laman web Geran Khas Prihatin (kemaskini 19 Januari 2021) boleh dirujuk di SINI.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Geran Khas Prihatin LHDNM https://gkp.hasil.gov.my/ dan Media Sosial Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.