Bantuan Hari Raya i-Fitri 2023 – Untuk Perantau Pun Ada!

Bantuan Hari Raya i-Fitri adalah merupakan bantuan kewangan yang disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2023 nanti. Bantuan ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.

A. Bantuan Hari Raya i-Fitri 2023

Kerajaan Terengganu mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah kalangan B40 dan sebahagian M40 yang memanfaatkan lebih kurang 115,000 penerima.

Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah.

Bantuan ini diumumkan pertama kalinya ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Pada tahun ini, bantuan i-Fitri ini masih lagi diteruskan.

Bantuan hari raya i-fitri

BACA JUGA: Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Untuk Penjawat Awam & Pesara

Kadar Bantuan Hari Raya i-Fitri

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • RM300 one-off

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan ini dibuka dari 19 Mac hingga 31 Mac 2023.

Syarat Kelayakan

Syarat Utama:

  1. Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Syarat Kelayakan:

  1. Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
  3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  5. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
  6. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan.
  7. Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon.
  8. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  9. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

Cara Permohonan

Permohonan secara atas talian (Online) melalui pautan berikut: https://ibantuan.terengganu.gov.my

Dokumen Lampiran:

Permohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 yang lalu hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan

NOTA: Muatnaik dalam bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG & GIF

Bantuan Hari Raya i-Fitri

B. Bantuan i-Fitri Perantau

Bagi rakyat Terengganu yang menetap di luar negeri Terengganu pula, anda boleh memohon Bantuan i-Fitri Perantau.

Tarikh Permohonan Bantuan Hari Raya i-Fitri Perantau

Tarikh permohonan adalah bermula pada 1 April hingga 15 April 2023.

Syarat Kelayakan

Rujuk syarat kelayakan bantuan ini seperti di bawah.

Syarat Utama:

  1. Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
  2. Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat
    Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) (rujuk link)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Syarat kelayakan:

  1. Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua
    elaun).
  2. Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  3. PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat tinggal semasa.
  4. Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan.
  5. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan.
  6. PERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

Cara Permohonan

Cara permohonan bantuan i-Fitri adalah secara atas talian. Permohonan online boleh dibuat melalui pautan berikut: https://ibantuan.terengganu.gov.my 

Rujuk dokumen mapiran yang diperlukan dalam gambar di bawah:

Bantuan Hari Raya i-Fitri

Kesimpulan Tarikh Penting

BANTUAN I-FITRI

  • Tarikh permohonan dibuka : 19 Mac 2023
  • Tarikh akhir permohonan: 31 Mac 2023

BANTUAN I-FITRI PERANTAU

  • Tarikh permohonan dibuka : 1 April 2023
  • Tarikh akhir permohonan: 15 April 2023

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut tentang Bantuan i-Fitri ini, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Terengganu di pautan berikut: https://ibantuan.terengganu.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: