Isu Moratorium & Lanjutan i-Sinar Diambil Maklum, Bantuan Akan Diumumkan Segera

Kerajaan mengambil maklum isu moratorium dan lanjutan i-Sinar yang menjadi bualan rakyat lantaran PKP yang menyebabkan ramai yang terkesan dan kehilangan punca pendapatan.

Sebentar tadi Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, telah membuat sebuah hantaran melalui status di Facebook berkaitan dua isu berkenaan.

Menurut beliau, suara rakyat didengari dan diambil maklum oleh pihak Kerajaan, di mana perbincangan dengan agensi-agensi berkaitan telahpun dijalankan.

Sambung beliau lagi, bantuan yang sewajarnya juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Lanjutan i-Sinar
Sumber: Facebook Tengku Zafrul

Baca juga: 122,328 Panggilan Mohon Bantuan Sokongan Emosi, Psikososial Diterima – KKM

Status beliau hari ini kira-kira jam 6.30 petang tadi adalah seperti berikut:

Isu Moratorium dan i-Sinar

Salam semua. Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah.

Status beliau berkaitan isu moratorium dan lanjutan i-Sinar ini mendapat perhatian dan reaksi ramai, dan dalam hanya 19 minit, ia telah menerima lebih 1900 komen dan lebih 7000 tanda ‘Like’, serta 1000 perkongsian.

Ramai yang teruja dan menyambut baik pengumuman oleh Menteri Kewangan tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata komen netizen berharap moratorium automatik dan lanjutan i-Sinar atau i-Lestari dapat diteruskan seperti mana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) tempoh hari.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID19 (PICK), YB Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan bahawa pihak Kerajaan dijangka mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi berskala besar dalam masa terdekat ini.

Namun, beliau tidak memperincikan apakah bentuk bantuan yang akan diberikan kepada rakyat kerana tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri yang akan mengumumkan perkara ini.

YB Khairy Jamaluddin ketika itu menjawab soalan yang dikemukan bekas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tekanan ekonomi ketika pandemik COVID-19.

Semoga berita ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada rakyat yang terkesan dengan PkP 3.0 ini.

Insha Allah akan ada berita baik untuk semua.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: