GKP PERMAI: Semakan Status GKP Tambahan RM1,000 / RM500 Mulai 24 Mac
SEMAKAN GKP PERMAI / GKP TAMBAHAN 2021
Seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Khas PERMAI oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 18 Januari, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) atau GKP PERMAI.
Ia melibatkan seramai 500,000 PKS di tujuh negeri yang menjalankan PKP dengan bayaran RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri lain akan menerima sebanyak RM500.
Baca juga: PSU 3.0 PERMAI: Syarat, Semakan & Permohonan Mulai 19 Januari
Berikut adalah info terkini tentang GKP Permai yang telah dimuatnaik di laman web Geran Khas Prihatin (GKP) https://gkp.hasil.gov.my/ (kemaskini 22 Mac 2021).
Apakah GKP PERMAI?
GKP Tambahan atau GKP PERMAI adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Semakan & Kelayakan
Penerima GKP 1.0 & GKP 2.0 tidak perlu membuat permohonan kerana bayaran akan terys disalurkan mengikut data yang telah didapati oleh pihak LHDN.
Menurut FAQ yang disediakan di laman web rasmi Geran Khas Prihatin, GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
Terkini, Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa semakan status boleh dibuat mulai 24 Mac 2021.
Untuk membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan
- Tekan butang Semak Status
- Status kelulusan dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
Jumlah Bantuan GKP Tambahan / GKP PERMAI
Amaun bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
- PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
- PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
Tarikh Bayaran
Tarikh bayaran adalah pada 25 Mac 2021.
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu
dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.
Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang permohonan dan semakan GKP PERMAI, sila rujuk laman web Geran Khas Prihatin LHDN atau baca Soalan Lazim di https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/(FAQ)GKPTambahan.pdf
Pengumuman GKP PERMAI ini adalah merujuk kepada teks ucapan Perdana Menteri menerusi Pengumuman Pakej Bantuan Prihatin 18 Januari 2021 di bawah Inisiatif 14. Sila rujuk TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI PENGUMUMAN KHAS PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI)