Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Kelayakan & Tarikh Bantuan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ~ Sukacita diumumkan, Sumbangan Asas Rahmah bakal disalurkan tidak lama lagi kepada pemohon yang layak berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini. 

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan Bantuan Tambahan STR 2023 yang telah diumumkan dalam Belanjawan Madani 2023. 

Bantuan Tambahan STR atau SARA ini adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah. Ia bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Dalam Belanjawan Madani 2023, terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan termasuk memberi peruntukkan tambahan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibawah kategori Bantuan Tambahan STR atau juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). 

Penambahbaikan ini melibatkan perincian, isi rumah, lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, serta tambahan RM600 berbanding peruntukan awal.

BACA JUGA: STR 2023: Cara Memohon, Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Fasa

Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Semakan Kelayakan

Anda boleh menyemak kelayakan sama ada layak atau tidak untuk menerima bantuan ini melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/

Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran

Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan. 

Bantuan tambahan STR (SARA) ini akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.

NOTA: Maklumat terperinci mengenai pasaraya terpilih dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Tarikh Bantuan Disalurkan

Bantuan tambahan STR atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023 (6 bulan). Setiap bulan penerima akan menerima RM100. 

Sumbangan Asas Rahmah (SARA):

BACA JUGA: STR Fasa 4: Cara Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai bantuan ini, sila rujuk bahagian Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: