STR 2023: Cara Memohon, Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Fasa

Sukacita dimaklumkan, kerajaan akan terus berusaha membantu rakyat untuk meringankan beban hidup melalui pelbagai inisiatif antaranya ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dulu dikenali sebagai BTR, BPR, BKM, BPN, BSH. 

Baca juga: Intipati Bajet 2023: Senarai Bantuan & 20 Inisiatif Penting

STR 2023 (Sumbangan Tunai Rahmah)

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas. 

Kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup DAN meneruskan inisiatif yang dikenali sebagai STR, Sumbangan Tunai Rahmah. 

Bantuan tunai yang dirancang oleh pihak kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari untuk FASA 1 berbanding bulan Mac 2023. Ini adalah mengambilkira beban yang ditanggung rakyat  terutamanya untuk keperluan musim tengkujuh.

Setelah pengumuman Belanjawan 2023 baru-baru ini, tarikh & jumlah bayar STR telah dikemaskini mengikut fasa. 

NOTA PENTING: 

  • Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa.  
  • Bayaran fasa pertama telah disalurkan kepada penerima yang lulus bermula pada 17 Januari 2023. Bagi penerima STR 2023 Fasa 1 yang tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN. 
  • Bayaran bagi STR 2023 Fasa 1 dan 2 menggunakan maklumat penerima BKM 2022 dan pembayaran Fasa 3 dan 4 akan menggunakan maklumat penerima STR 2023. 

Baca juga: Diskaun Bayaran Balik PTPTN 20% – Belanjawan 2023

Syarat Kelayakan STR 2023

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022. 

KategoriUmurPendapatan (RM)
Isi RumahTiada Had Umur≤ 5,000
Warga Emas Sebatang Kara≥ 60 tahun≤ 5,000
Bujang21 tahun – 59 tahun≤ 2,500
Bujang OKU19 tahun – 59 tahun≤ 2,500
Isi Rumah Miskin TegarTiada Had Umur≤ 1,169

Cara Memohon STR

Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuka mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023, Untuk memohon secara atas talian, sila rujuk Permohonan Baharu STR. 

Jadual Permohonan STR adalah seperti berikut :

Cara PermohonanTarikh PermohonanKaedah Permohonan
Secara Dalam Talian1 hingga 31 Mac 2023Melalui Laman Rasmi STR
Secara Manual / Fizikal8 hingga 31 Mac 2023Hadir ke :- Pejabat LHDN; atau- Pejabat Satelit (PS) LHDNM; atau- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM; atau- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR

 Tarikh & Jumlah Bayaran STR 2023 Mengikut Fasa

FasaTarikh
FASA 1 JANUARI 2023
FASA 2APRIL 2023
FASA 3JULY 2023
FASA 4NOV 2023

Anda boleh rujuk kategori dan jumlah bayaran mengikut fasa seperti jadual di bawah.

STR
Kategori, Jumlah Bayaran Mengikut Fasa
STR
Bayaran tambahan RM600 untuk isi rumah Miskin Tegar, bayaran sebanyak 6 kali.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh layari pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: