Kasih Johor: Bantuan Baucer RM200 Pembelian Barang Keperluan MyKasih

Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan sebuah program bantuan KASIH JOHOR di bawah MyKasih Foundation mulai bulan Disember 2021 ini.

Di bawah program tersebut, rakyat Johor yang layak akan menerima kredit tunai bernilai RM200 untuk pembelian makanan di kedai-kedai terpilih.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang program KASIH JOHOR MyKasih dan cara membuat semakan.

Apakah KASIH JOHOR?

KASIH JOHOR adalah inisiatif baucer barangan keperluan RM200 kepada isi rumah B40 sempena Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor yang diumumkan oleh YAB Dato’ Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor pada bulan JUN 2021.

Objektif KASIH JOHOR ini adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan B40 yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.

Akaun penerima akan dibuka berdasarkan MyKad ke dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.

Penerima akan menerima baucer sebanyak RM 200 melalui MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan. Pasaraya yang mengambil bahagian dalam KASIH JOHOR akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran khas di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Syarat Kelayakan Program Kasih Johor

Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data isi rumah BPR yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) negeri Johor (RM 2,500 ke bawah) dan telah disemak silang dengan data-data penerima bantuan dan serta disusun mengikut keutamaan mengikut jumlah tanggungan isi rumah tertinggi adalah layak menerima KASIH JOHOR. 

Penerima KASIH JOHOR yang layak akan menerima SMS untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah inisiatif ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di pasaraya berdekatan.

Jumlah Bantuan

Penerima KASIH JOHOR akan menerima baucer barangan keperluan tanpa tunai sebanyak RM200 melalui akaun MyKad mereka dan sah untuk tempoh sehingga Disember 2021. 

Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad dan berkuatkuasa setelah penerima menerima SMS daripada sistem.

Tempoh Sah

Penerima KASIH JOHOR boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021.

Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Cara Semakan Status Kelayakan Program Kasih Johor

Jika tidak menerima SMS, anda boleh juga membuat semakan di laman web MyKasih di pautan berikut:
https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/

Anda hanya perlu masukan No. K/P dan tekan semak.

Jika tidak dapat semak dekat halaman ini, boleh juga cuba semak di kaunter Customer Service pasar raya sama ada layak, lepas itu baru pergi membeli dan bayar dengan tunjukkan Kad Pengenalan.

Status akan tertera seperti di bawah:

semakan status kasih johor

Baca juga:

Cara Penebusan Baucer

Penerima KASIH JOHOR boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021.

Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Sila rujuk aturcara pembelian makanan seperti dalam jadual di bawah:

mykasih kasih johor

Semakan kedai / pasar raya yang terlibat boleh disemak melalui carian di pautan ini:

https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx

mykasih johor

Cara Permohonan

Anda tidak perlu memohon KASIH JOHOR. Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.

Pihak Kerajaan Negeri Johor menggunakan data Bantuan Prihatin Rakyat(BPR), dan data penerima bantuan seperti JKM/MAIJ untuk mengenalpasti kumpulan sasar.

Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka akan terima SMS daripada pihak Kerajaan Johor.

Anda boleh mengunan bantuan sebanyak RM200 ini yang pihak Kerajaan Johor telah kreditkan ke dalam MY Kad Penerima untuk memberi barang keperluan di pasaraya yang ditetapkan seperti: Econsave, Pacific, Target, Giant, Tesco, Speedmark 99, Fresh Hub DLL.

Maklumat Lanjut

Jika ingin tahu maklumat yang lebih lanjut, sila layari https://www.mykasih.com.my/…/food-aid…/kasih-johor/…

Semakan status kelayakan Program MyKasih Johor: https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/

Lokasi kedai / pasar raya yang terlibat: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx

Baca juga: eKasih 2021: Daftar / Semak Status Penerima Bantuan Kemiskinan Online

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: