Cara Batalkan Jaringan Prihatin (Boleh Cancel & Tukar 3 Kali)

Cara ‘Cancel’ Jaringan Prihatin: Langkah-Langkah Untuk Menukar Pendaftaran Jaringan Prihatin dengan Syarikat Telekomunikasi Anda

Jika anda telah berdaftar untuk program Jaringan Prihatin dengan syarikat telekomunikasi terpilih dan ingin bertukar ke tawaran oleh syarikat yang lain, anda boleh berbuat demikian.

Sila ikuti langkah-langkah mudah melalui artikel ini.

Bolehkah’Cancel’ Jaringan Prihatin Yang Telah Didaftarkan?

Ketika Jaringan Prihatin ditawarkan, mungkin ada antara anda yang teruja dan cepat-cepat mendaftar tanpa berfikir sehabisnya.

Tiba-tiba, ada pula syarikat telekomunikasi lain yang menawarkan pelan yang lebih sesuai untuk keperluan anda.

Jadi apa nak buat? Bolehkah tukar kepada pelan lain setelah mendaftar?

Jawapannya boleh.

Jangan risau, sekiranya anda telah tersilap membuat pilihan ketika mendaftar tempoh hari, masih ada solusinya untuk membatalkan atau cancel pendaftaran tersebut.

Untuk pengetahuan semua, anda boleh menukar sebanyak 3 kali sepanjang tempoh program Jaringan Prihatin.

Hal ini diumumkan melalui Kementerian Kewangan Malaysia melalui sebuah hantaran di Facebook.

Di sini kami kongsikan cara cancel Jaringan Prihatin dan tukar ke syarikat telekomunikasi yang lain.

Cara Batalkan Jaringan Prihatin & Tukar Ke Tawaran Lain

Untuk membuat pembatalan dan pendaftaran semula di syarikat telekomunikasi yang berbeza, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Hubungi syarikat telekomunikasi yang telah anda daftarkan untuk Program Jaringan Prihatin tempoh hari.
  2. Batalkan pelan Jaringan Prihatin yang sedang anda langgani.
  3. Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.

NOTA: Anda layak untuk menukar sebanyak MAKSIMUM 3 kali sepanjang Program Jaringan Prihatin selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran.

Baca juga: Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKP & Kebenaran Rentas Daerah / Negeri

Sila rujuk infografik di bawah:

cara batalkan jaringan prihatin

Berikut adalah contoh cara cancel Jaringan Prihatin untuk panduan bersama:

cara cancel jaringan prihatin

Baca juga: SOP PKP 3.0: Senarai Penuh SOP PKP Bagi Tempoh 12 Mei – 7 Jun 2021

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembatalan program ini, sila hubungi syarikat telekomunikasi yang terlibat.

Berikut dilampirkan laman web setiap syarikat telekomunikasi yang terlibat.

Untuk mendapatkan info lanjut tentang Program Jaringan Prihatin B40, layari pautan: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin

*Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: