Skim Asuhan Anakku Pintar 2021: Bantuan Yuran Taska RM100 Sebulan
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) bagi tahun 2021.
Untuk makluman, Skim Bantuan ASUH PINTAR sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR.
Di sini kami kongsikan maklumat lebih lanjut tentang manfaat skim bagi rakyat Selangor.
Apakah Skim Bantuan Asuh Pintar?
Asuh Pintar adalah bantuan yuran Taska atau Nurseri sebanyak RM 100 sebulan untuk anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah dan bantuan ini dibayar terus ke Taska atau Nurseri tersebut.
Melalui skim baru ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.
Tarikh Permohonan
Tarikh tutup permohonan Asuh Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.
Contohnya, permohonan untuk manfaat bulan Mac 2021 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2021.
Baca juga: Jadual Kelas KAFA TV AlHijrah Setiap Hari, Jam 4.30 Petang
Syarat Kelayakan
- Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia
- Dilahirkan Dan Menetap Di Selangor; ATAU
- Tidak Dilahirkan Di Selangor Tetapi Telah Menetap Secara Sah Di Selangor Sekurang-Kurangnya 5 Tahun (Perlu Mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan Tempat Di Mana Pemohon Menetap)
- Syarat Pendapatan Isi Rumah Mestilah RM 5000 Ke Bawah
- Suami Dan Isteri Berkerja
- Anak Berumur 4 Tahun Dan Ke Bawah
- Terhad Kepada 2 Orang Anak Sahaja
- Taska Berdaftar Dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
- Ibu Dan Bapa Adalah Pengundi Berdaftar Di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)
Cara Permohonan Skim Bantuan Asuh Pintar 2021
Permohonan kali pertama boleh klik di sini untuk membuat permohonan online
Bagi permohonan anak asuhan tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian (online) dan dokumen sokongan lengkap WAJIB disertakan adalah seperti berikut;
- Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem
- salinan sijil kelahiran anak yang dipohon
- salinan MyKad Ibu
- salinan MyKad Bapa
- slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
- slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
- cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
- salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.
*Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800
*Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.
Baca juga: Bantuan Telefon Pintar 2021 & Data Percuma Untuk B40 – YTL Foundation
Senarai Taska
Untuk melihat senarai taska yang berdaftar atau bagi yang baru hendak mendaftar taska sila klik di sini
Semakan Status Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar 2021
Borang dan dokumen permohonan akan diproses mengikut modus operandi seperti dalam infografik di bawah:
Ibu bapa yang ingin membuat semakan status permohonan Asuh Pintar boleh klik di sini.
Maklumat Lanjut
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Talian hotline: 03 5481 8800
E-mel : [email protected]
Facebook: Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-5481 8800 atau melayari laman web http://asuhpintar.yawas.my untuk info lanjut.