Skim Air Darul Ehsan: Pendaftaran Air Percuma Selangor 2022
Sudahkah anda memohon Skim Air Darul Ehsan untuk mendapat bekalan air percuma di Selangor?
Jangan khuatir.
Pendaftaran untuk permohonan masih lagi dibuka untuk penduduk Negeri Selangor.
Mereka yang layak mendapat air percuma sebanyak 20 meter padu.
Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang cara mendapatkan inisiatif air percuma di Selangor melalui SSIPR.
Apakah Skim Air Darul Ehsan?
Objektif pelaksanaan Program Pemberian Air Percuma ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Negeri Selangor, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, program ini telah dapat dinikmati oleh semua peringkat pendapatan.
Justeru itu, bagi memastikan program ini menepati objektif perlaksanaannya dan sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah perbelanjaan yang lebih berhemah.
Dewan Negeri Selangor pada 23 November 2018 telah meluluskan supaya penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat sebenar Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri dengan menyasarkan bantuan kepada kumpulan sasar iaitu golongan yang benar-benar memerlukan dan layak.
Objektif
Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.
Syarat Kelayakan
Antara syarat kelayakan adalah seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
- Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Premis kediaman jenis meter individu
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja
Nota:
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
Baca juga : Rumah Selangorku: Permohonan Rumah Mampu Milik Bermula RM42,000
Cara Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan (SADE)
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan SADE yang merupakan program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor untuk golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Pendaftaran SADE terbuka sehingga 31 Disember 2024.
Jika anda menepati syarat-syarat di atas, daftar segera di https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register
Semakan Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE)
ntuk semakan berkenaan permohonan SADE boleh layari ke pautan : https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/semakan-sade.
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan SADE, sila rujuk https://www.airselangor.com/residen…/skim-air-darul-ehsan/
ATAU
Sila emel pertanyaan anda ke : [email protected]
Terima kasih