Tarikh Bayaran Balik (Refund) Moratorium Bank Rakyat PEMULIH

Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Y.A.B Perdana Menteri, Bank Rakyat menawarkan Bantuan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman / Moratorium Automatik bermula 7 Julai 2021 kepada semua golongan peminjam.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang syarat kelayakan, cara membuat permohonan yang kini dibuka.

Syarat Kelayakan Moratorium Automatik Bank Rakyat PEMULIH

Semua pelanggan individu merangkumi golongan B40, M40, T20 dan Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas boleh membuat permohonan.

Namun pemohon perlu memastikan

  • Pembiayaan bukan di bawah Program Pengurusan Hutang AKPK;
  • Seseorang tidak diisytiharkan bankrap atau sedang di bawah prosiding kebankrapan; dan
  • Seseorang mempunyai penjamin / penama bersama pembiayaan; atau telah mendapat kebenaran dari penjamin / penama bersama pembiayaan bagi pilihan bantuan.

Antara terma dan syarat yang dinyatakan dalam Borang Permohonan Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH

  1. Keuntungan bulanan akan terus dicajkan and diakru sepanjang tempoh tangguhan. Ini akan mengakibatkan tempoh pembiayaan saya dilanjutkan.
  2. Pemohon mempunyai pilihan untuk menghubungi Bank untuk menukar jumlah ansuran bulanan dan/atau jadual ansuran jika kedudukan kewangan saya bertambah baik untuk mengurangkan kos keseluruhan pembiayaan saya
  3. Pemohon bersetuju mengemukakan maklumat berkaitan kepada Bank jika diminta selepas bantuan bayaran pembiayaan saya diluluskan;
  4. Jika dikehendaki, pemohon perlu menandatangani dokumen berkaitan untuk menyempurnakan dokumen perjanjian, termasuk yang berkaitan dengan penjamin atau penama bersama pembiayaan dan/atau perjanjian berbeza untuk Sewa Beli Kenderaan atau Pembiayaan Kadar Tetap.
  5. Pihak Bank mempunyai hak untuk mengubah/menarik balik bantuan bayaran ini jika pemohon didapati mengemukakan maklumat yang salah, mengelirukan atau tidak sempurna dalam permohonan ini; dan
  6. Jika pemohon mempunyai tunggakan ansuran dan tidak membayar keseluruhan jumlah tunggakan ansuran melebihi 90 hari pada masa permohonan ini dibuat, Bank boleh menawarkan kaedah penyelesaian khusus yang lebih sesuai dengan keadaan kewangan pemohon. Ini termasuk berkongsi maklumat terperinci pembiayaan pemohon kepada AKPK bagi mendapatkan nasihat lanjut dalam menguruskan hutang pemohon dan membenarkan AKPK untuk menyemak maklumat CCRIS pemohon.

*Sila rujuk Soalan lazim berhubung Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH untuk maklumat lanjut.

Bantuan Yang Ditawarkan

Bentuk Bantuan yang boleh dipilih adalah:

  • Pilihan 1 – Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).
  • Pilihan 2 – Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Baca juga:

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, pelanggan boleh menghubungi Bank Rakyat menerusi kaedah berikut:

BAGI PEMOHON INDIVIDU / MIKRO-I

BAGI PEMOHON PKS

  • Menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800.
  • Mengunjungi Pusat Perniagaan PKS & Koperasi (SMEC) yang berdekatan.
  • Sila isi borang permohonan (Borang Permohonan)
moratorium bank rakyat pemulih

Semakan Kelulusan

Sila tunggu makluman status kelulusan melalui SMS jika telah berjaya menghantar permohonan yang dibuka selepas 7 Julai 2021.

Pihak bank memerlukan sedikit masa untuk memproses permohonan.

Contoh mesej SMS kelulusan moratorium yang akan diterima:

RM0 BANKRAKYAT: Moratorium 3 bulan anda telah diluluskan bermula Ogos 2021. Info lanjut, hubungi 1300800800

RM0 BANKRAKYAT: Pengurangan 50% ansuran pembiayaan untuk 6 bulan anda telah diluluskan bermula Ogos 2021. Info lanjut, hubungi 1300800800

moratorium bank rakyat pkp 3.0

Baca juga: MySPR: Pendaftaran, Tukar Tempat Mengundi & Semakan Pengundi Baru

TERKINI: Tarikh Bayaran Balik (Refund) Moratorium

MAKLUMAN TERKINI

Sekiranya anda masih belum menerima pemulangan bayaran bagi bulan Ogos 2021, sila rujuk maklumat terkini yang diumumkan oleh Bank Rakyat seperti berikut:

“Saya masih tidak menerima pemulangan bayaran bagi bulan Ogos 2021”

Jawapan: Kelewatan pemulangan bayaran ini berlaku berikutan arahan pemberitahuan sementara potongan gaji yang hanya dapat dilakukan seawal bulan kedua tempoh berkenaan.

Jadual seperti yang dinyatakan di bawah:

Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH boleh dimajukan kepada [email protected]

Maklumat Lanjut Moratorium Bank Rakyat PEMULIH

Sila layari laman web Bank Rakyat untuk maklumat lanjut atau klik pada pautan berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: