in

Lanjutan Moratorium 3 Bulan Secara Automatik Bermula Disember 2020

lanjutan moratorium

Berita baik buat semua. Kerajaan telah mengumumkan lanjutan moratorium selama 3 bulan lagi secara automatik bermula Disember ini.

Institusi perbankan akan memberikan bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar tambahan terutamanya kepada peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpilih dan layak untuk memohon.

Penambahbaikan ini adalah tambahan kepada bantuan yang telah diumumkan pada Belanjawan 2021 yang berlangsung pada 6 November lalu.

Kelayakan pemohon

Bagi kategori individu, terdapat dua keadaan yang dibenarkanuntuk memohon dan fleksibiliti pembayaran balik iaitu.

  • Individu yang hilang pekerjaan dan pendapatan pada tahun 2020 – Moratorium pinjaman akan dilanjutkan selama 3 bulan
  • Individu yang mengalami pengurangan gaji – Pengurangan jumlah ansuran sepadan dengan pengurangan gaji sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, permohonan moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik  adalah seperti berikut :

  • Perniagaan berdaya maju yang menghadapi masalah aliran tunai 
  • Peminjam individu lain yang menghadapi kesukaran membuat pembayaran balik 

Manakala, bagi kedua-dua kategori di atas, terdapat tiga pilihan yang ditawarkan kepada peminjam antaranya : 

  • Hanya membayar faedah dalam tempoh tertentu
  • Mengurangkan ansuran bulanan dengan memanjangkan tempoh pinjaman 
  • Fleksibiliti lain sehingga peminjam boleh menyambung pembayaran balik baki pinjaman 

Bagi pembiayaan sewa beli, peminjam yang terjejas akan ditawarkan jadual ansuran pembiayaan yangakan disemak semula dengan Akta Sewa Beli 1967.

Untuk maklumat lanjut mengenai lanjutan moratorium ini, peminjam boleh mendapatkan bantuan menerusi www.bnm.gov.my/covid19

Sumber : Awani

Written by Harian Post

Suka membaca & menulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

i-sinar kwsp

i-Sinar KWSP: Syarat Kelayakan & Jumlah Pengeluaran Akaun 1 Yang Dibenarkan

isinar kwsp akaun 1

Tak Perlu Bayar Balik Pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar