Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma SSM Untuk Ibu Tunggal & Belia

Berita baik bagi golongan ibu tunggal dan usahawan belia, kerajaan dalam sebuah kenyataan hari ini telah mengumumkan manfaat skim pendaftaran SSM percuma melalui sidang di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2020.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang manfaat skim SSM percuma tersebut beserta inisiatif lain khas untuk peniaga berdaftar.

ssm percuma ibu tunggal belia

Daftar SSM Percuma Untuk Ibu Tunggal & Beliau

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan merangka kaedah bersesuaian yang membolehkan golongan usahawan belia dan ibu tunggal mendapat manfaat skim pendaftaran perniagaan SSM percuma.

Usaha SSM itu bakal mencetus minat berniaga dan menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan tersebut untuk menceburi bidang perniagaan.

“…(Ini dapat) menjana pulangan pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan seharian mereka seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan di negara ini,” katanya pada sesi Waktu-waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Baca juga: Cara Daftar SSM & Renew Lesen Syarikat Online Melalui Portal EzBiz

Lain-lain Inisiatif SSM Untuk Meringankan Beban Peniaga & Usahawan

  • Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) – SSM menggalakkan belia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017.
  • Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) – Golongan OKU juga disaran untuk memanfaatkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) yang ditawarkan SSM bagi mendaftar perniagaan baharu dan memperbaharui pendaftaran perniagaan secara percuma. Skim ini mula diperkenalkan pada 23 Oktober 2012.
  • SSM BizTrust – Diperkenalkan pada 20 Julai 2017, bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang beretika dalam talian. Tempoh pendaftaran SSM BizTrust secara percuma dilanjutkan hingga 31 Disember 2021.
  • Pelaksanaan tempoh moratorium 30 hari dari tarikh berakhir PKP untuk menyerahkan dokumen berkanun SSM mengikut Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang perlu dikemukakan, mulai 18 Mac hingga 30 September lalu.
  • Pengecualian Fi Lewat Serah Simpan – bagi dokumen berkanun di bawah Akta Syarikat 2016 berikutan arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan mulai, 9 November hingga 31 Disember ini.
  • Perlanjutan masa untuk serah simpan penyata kewangan kepada SSM bagi tahun kewangan berakhir 1 September 2019 hingga 31 Mac 2020.
  • Perlanjutan masa juga diberikan kepada syarikat untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan. Syarikat perlu membuat permohonan kepada SSM dan pengecualian fi sebanyak RM100 diberikan bagi kedua-dua tujuan berkenaan.

*Sumber: BERNAMA, Berita Harian

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: