in

Cara Daftar SSM & Renew Lesen Syarikat Online Melalui Portal EzBiz

cara daftar ssm renew online

Nampaknya makin ramai yang telah memulakan perniagaan sendiri dalam musim pandemik ini bagi meneruskan kelangsungan hidup. Jika anda masih belum daftar SSM online atau manual, adalah disarankan untuk anda berbuat demikian.

Kenapa?

Sebabnya, apabila kita mendaftar sebagai peniaga yang sah, terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperolehi walaupun bisnes kita hanya kecil-kecilan saja.

Antaranya kelebihan daftar SSM adalah

  • Diyakini oleh pelanggan
  • Perniagaan sah dan diiktiraf
  • Murah saja, harga dari RM30 hingga RM60 setahun!
  • Boleh buka akaun semasa (Untuk jadikan dokumen sokongan jika nak buat pinjaman / loan bank)
  • Boleh mohon pelbagai skim bantuan perniagaan dan pinjaman dengan lebih mudah

Ok, mungkin ramai nak tahu, bolehkah daftar syarikat secara online?

Jawapannya boleh, cuma kita perlu pergi kaunter SSM untuk kali pertama bagi membuat pengesahan pengenalan diri dan mengaktifkan ID EzBiz online.

Selepas itu, barulah kita boleh menggunakan Portal Ezbiz untuk melakukan pelbagai transaksi secara online.

Baca juga: Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma SSM Untuk Ibu Tunggal & Belia

cara daftar ssm

Cara Daftar SSM Online

Cara nak register SSM adalah melalui prosedur berikut:

A. Daftar Pengguna EzBiz

Mula-mula, kita perlu daftar sebagai pengguna EzBiz terlebih dahulu.

Caranya adalah seperti di bawah ini.

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.
  3. Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan dan nama penuh pada ruang yang disediakan.
  5. Tekan REGISTER.
  6. Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.

B. Hadir Ke Kaunter SSM Untuk Aktifkan ID EzBiz

  • Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
  • Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).

*Alang-alang dah sampai SSM, nak minta staf dekat sana register kan SSM untuk kita pun boleh. Tapi lebih bagus ada akaun EzBiz sebab nanti mudah untuk kita renew SSM dan buat lain-lain urusan berkaitan.

C. Login Semula Ke Laman Web EzBiz & Daftar Online

  1. Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web EzBiz tadi.
  2. Kemudian, untuk daftar syarikat di SSM, sila pilih menu MY BUSINESS SERVICE.
  3. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
    • Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
      a) Nama perniagaan
      b) Tarikh permulaan perniagaan
      c) Alamat utama perniagaan
      d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
      e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
      f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
      g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  4. Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
  5. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
  6. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.

Harga Daftar SSM Online, Caj Pembaharuan Lesen & Kompaun

Berapa fi atau caj yang dikenakan untuk daftar SSM online melalui Portal EzBiz?

Untuk proses Pendaftaran & Pembaharuan SSM, bayarannya adalah seperti berikut:

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
  • Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00
  • Perubahan Maklumat Perniagaan – RM20.00
  • Kompaun – Bergantung kepada kesalahan
  • NOTA: SSM yang telah luput (expired) melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui dan perlu didaftarkan semula.
cara daftar ssm renew online

Cara Renew SSM Online

Untuk membuat pembaharuan lesen perniagaan atau renew SSM online, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih ‘Renewal by Owners’
  5. Klik di ikon ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  6. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan Online (BORANG A1)
  7. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun)
  8. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih (kad debit/ kad kredit / perbankan online / kaunter).
  9. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

Rujuk infografik di bawah :

Urusan Di Kaunter

Jika anda mempunyai pertanyaan untuk daftar SSM online atau renew perniagaan atau lebih suka melakukannya secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan mengunjungi:

  • mana-mana kaunter / cawangan SSM
  • mana-mana cawangan BSN
  • mana-mana cawangan Bank Rakyat
cara daftar ssm renew online

Maklumat Lanjut

Untuk prosedur lengkap cara daftar SSM, boleh rujuk maklumat PDF oleh SSM di SINI.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi talian hotline SSM di 03-7721 4000, atau e-mel ke [email protected].

Dapatkan info terkini melalui media sosial rasmi SSM:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 Cara Bayar Parking DBKL Tanpa Tunai. Guna Apps, e-Kupon

ssm percuma ibu tunggal belia (2)

Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma SSM Untuk Ibu Tunggal & Belia