Gaji Minimum 2021: Gaji Kurang RM1200/RM1100 Berhak Buat Aduan
GAJI MINIMUM 2021
Kuala Lumpur: Majikan yang menggajikan pekerja di bawah gaji minimum boleh didakwa di mahkamah kerana menyalahi Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan atau RM5.77 sejam di wilayah bandar utama dan RM1,100 sebulan atau RM5.29 sejam selain wilayah bandar utama berdasarkan tempat kerja yang ditakrifkan mengikut undang-undang sudah diwartakan.
“Individu yang diambil bekerja dan diberi gaji kurang daripada RM1,200 atau RM1,100 berhak membuat aduan dan majikan boleh dikenakan denda atau didakwa di mahkamah.
Gaji Minimum 2021
“Bagaimanapun saya melihat isu pengangguran dan gaji permulaan rendah dalam kalangan siswazah baharu adalah sementara sehingga ekonomi negara pulih sepenuhnya dijangka penghujung tahun ini,” katanya.
Menurutnya, apa yang berlaku tahun lalu kesan daripada pandemik Covid-19 dan cukup mencabar kewangan setiap majikan.
“Saya berasakan sekiranya siswazah mendapat tawaran kerja, lebih elok terima walaupun gaji bukan taraf ijazah atau diploma.
Baca juga : Permohonan Bantuan Modal Perniagaan MyKasih Kapital Kini Dibuka
“Sekurang-kurangnya mereka boleh menimba pengalaman, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan berkenaan dalam sektor pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata, apabila ekonomi mula pulih dan stabil, tahap gaji permulaan akan kembali kepada kadar pasaran yang kompetitif.
“Siswazah akan dapat menjangka gaji yang lebih tinggi berdasarkan prestasi dan produktiviti mereka.
“Kami ingin menasihati siswazah untuk tidak terlalu bimbang dengan gaji permulaan yang rendah pada masa ini berikutan majikan menghargai pekerja berdasarkan prestasi yang baik dan produktiviti tinggi.
“Apabila pekerja mula memberi sumbangan dan mencatatkan prestasi, mereka akan diberi penghargaan yang sewajarnya,” katanya.
Ditanya adakah perlu kerajaan menggubal akta gaji minimum khusus buat siswazah, Shamsuddin berkata, perkara itu tidak perlu dilakukan kerana ia bergantung kepada keadaan pasaran dan ekonomi negara.
“Kalau buat demikian, boleh menjejaskan peluang pekerjaan untuk graduan.
“Jika majikan tidak mampu dengan kadar ditetapkan, pastinya ini lebih merugikan graduan apabila mereka langsung tidak diambil bekerja,” katanya.
(Sumber: Harian Metro, 14 April 2021)
Info Tambahan: Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kawasan Bandar?
Kadar gaji minimum RM 1200 yang kena dibayar kepada seseorang pekerja yang bekerja di suatu tempat kerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau
Majlis Perbandaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah seperti
yang berikut:
Manakala kawasan selain di atas tertakluk kepada gaji minimum RM1100 berkuatkuasa mulai Februari 2020 (terpakai bagi tahun 2021).
Muat turun PERINTAH GAJI MINIMUM WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN :
Atau
Rujuk Perintah Gaji Minimum 2020 sepenuhnya di sini: