in

MyKasih Kapital: Permohonan Bantuan Modal Perniagaan Untuk Wanita

ADVERTISEMENT

INSENTIF TAMBAHAN MYKASIH KAPITAL KINI DIBUKA

Permohonan bagi Program Bantuan MyKasih Kapital yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 lalu kini telah dibuka.

Hal ini dimaklumkan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menerusi Facebook.

Berikut dikongsikan info selanjutnya tentang MyKasih Kapital dan cara membuat permohonan.

MyKasih Kapital

Sempena Hari Wanita pada 8 Mac 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebuah program terkini yang bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang penerima berkelayakan.

Dalam kenyataan terdahulu, bantuan berupa suntikan modal perniagaan yang ditawarkan adalah modal maksimum RM1,000 di mana insentif tambahan kepada insentif sedia ada itu disediakan antara lain untuk kegunaan dalam bidang e-dagang ataupun dropship.

Menurut YB Rina Harun, insentif tambahan ini bakal memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan dalam menjayakan objektif memperkasa ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Malah ia merupakan satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Objektif

  1. Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  2. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  3. Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

Baca juga: Firefly Air Cargo: Cara Pos Barang Guna Kapal Terbang, 3 Jam Je Sampai

Syarat Kelayakan Bantuan MyKasih Kapital

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  2. Golongan wanita sahaja
  3. Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  4. Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  5. Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  6. Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
Mykasih kapital

Cara Permohonan

Permohonan boleh di buat melalui pautan yang terdapat di laman Facebook Yayasan Kebajikan Negara atau boleh juga layari laman sesawang Yayasan Kebajikan Negara di yknm.org.my untuk maklumat lanjut.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan dibawah:
https://forms.gle/Z9veNUsMjqiTe1VU8

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan MyKasih Kapital dibuka mulai 10 April 2021.

Pemohon perlulah mengemukakan permohonan melalui pautan di sini.

Tarikh akhir permohonan tidak dimaklumkan setakat ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia

Aras 8, Bangunan KPWKM,

No.55, Persiaran Perdana,

Presint 4, 61200 Putrajaya

No. telefon :  03 – 8323 2433

ATAU

Sila hubungi talian 03-8323 2433

ATAU

Sila layari yknm.org.my

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tarikh Pengumuman Puasa Bagi Tahun 2021 (1442 H) Di Malaysia

waktu standard malaysia

Waktu Standard Malaysia : Semakan Ketepatan Jam Anda (SIRIM MST)