Firefly Air Cargo: Cara Pos Barang Guna Kapal Terbang, 3 Jam Je Sampai

Alternatif kepada peniaga atau sesiapa sahaja yang nak hantar barang secara selamat dan paling laju di Malaysia, anda boleh menggunakan Firefly Air Cargo dengan penghantaran sepantas 3 jam dalam hari yang sama!

Sesuai sangat untuk yang ada urusan kecemasan, atau mungkin ada yang mengidam nak rasa masakan emak di kampung. Dapatlah lepas rindu sebab dah lama tak jumpa masa PKP ni kan?

Sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang baru sebab Firefly pernah menawarkan perkhidmatan ini sejak tahun 2020 dahulu.

Rata-rata pengguna yang pernah menggunakan perkhidmatan ini sangat berpuas hati dan teruja dengan servis yang ditawarkan oleh perkhidmatan Firefly ini.

Jadi, jom kita ketahui lebih lanjut tentang servis ini.

firefly air cargo

Apakah Firefly Air Cargo?

Sepanjang tempoh PKP ini, servis penghantaran pantas diperlukan bagi menghantar makanan, keperluan harian, barangan peribadi atau dokumen kerja bagi melancarkan urusan.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, syarikat penerbangan Firefly kembali memperkenalkan perkhidmatan Firefly Air Cargo.

Ia menawarkan perkhidmatan penghantaran terpantas pertama di negara ini di mana setiap bungkusan boleh dihantar dan diterima pada hari sama sepantas tiga jam.

Perkhidmatan baharu ini juga sudah pasti disambut baik ramai pengguna terutama usahawan e-dagang dan mereka yang gemar membeli-belah dalam talian.

Caj / Harga Penghantaran

Firefly Air Cargo menggunakan servis penghantaran kargo premium untuk menghantar bungkusan mengikut jadual penerbangan harian dengan tawaran harga servis bermula RM50 untuk bungkusan dua hingga lima kilogram (kg) sehingga maksimum 30kg pada harga RM300.

*Nota: Sempena bulan Ramadan ini, ada promosi RM30 sahaja untuk penghantaran sehingga 30kg. Harga promosi sah dari 19 April hingga 13 Mei sahaja.

Senaai harga (tanpa promosi).

BeratHarga
2-5kgRM 50
5.1-10kgRM 100
10.1-15kgRM 150
15.1-20kgRM 200
20.1-25kgRM 250
25.1-30kgRM 300
cara pos barang guna firefly

Cara Hantar Bungkusan Melalui Firefly Air Cargo

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda hanya perlu mengikut langkah berikut:

  1. Memuat turun borang di laman web Firefly : https://www.fireflyz.com.my/aircargo
  2. Sila isikan borang dengan lengkap
  3. Bawa bersama bungkusan untuk dihantar ke kaunter Firefly Air Cargo di lapangan terbang berhampiran
  4. Pilih masa penerbangan
  5. Bungkusan sedia diambil dalam masa yang ditetapkan

Lapangan Terbang Yang Terlibat

  • Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (SZB)
  • Lapangan Terbang Bayan Lepas, Penang (PEN)
  • Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (TGG)
  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (KBR)
  • Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar (AOR)
  • Lapangan Terbang Langkawi, Langkawi (LGK)
  • Lapangan Terbang Senai, (JHB) **AKAN DATANG**
  • Lapangan Terbang Kota Kinabalu (BKI) **AKAN DATANG**
  • Lapangan Terbang Kuching (KCH) **AKAN DATANG**
firefly air cargo

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Firefly Air Cargo, sila rujuk FAQ di SINI

ATAU

Hubungi pihak Firefly di saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: