in

Waktu Operasi Kaunter Pejabat JPJ Mulai 10 September 2021

waktu operasi kaunter jpj
ADVERTISEMENT

MAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTER PEJABAT JPJ MALAYSIA
(Kecuali di UTC) MULAI 10 SEPTEMBER 2021

Mulai 6 September 2021 ini, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter JPJ.

ADVERTISEMENT

Perkara ini adalah seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, DS Wee Ka Siong menerusi sebuah kenyataan media terkini.

Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter JPJ mestilah mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan yang bertugas.

Pada masa yang sama, pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Waktu Operasi Kaunter JPJ Terkini (Bermula 10 September 2021)

Berikut adalah waktu operasi JPJ yang ditetapkan untuk urusniaga di kaunter pejabat mulai 10 September 2021:

WAKTU OPERASI JPJ Bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

  • WAKTU OPERASI:
    • AHAD – RABU : 8.30 am – 4.30 pm
    • KHAMIS : 8.30 am – 3.00pm

WAKTU OPERASI JPJ Bagi negeri Kumpulan B iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya / Labuan, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak

  • WAKTU OPERASI:
    • ISNIN – JUMAAT : 8.30 am – 4.30 pm

SOP Kehadiran Walk-In Di Kaunter JPJ

MOT turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berurusan di mana-mana kaunter JPJ termasuk memakai pelitup separuh muka, menggunakan cecair pembasmi kuman atau ‘hand sanitizer’, mengamalkan penjarakan fizikal dan mendaftar masuk atau ‘check-in’ menggunakan aplikasi MySejahtera.

Sila pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan seperti berikut:

waktu operasi jpj

Dalam pada itu, orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my), atau melalui portal dalam talian rakan-rakan strategik JPJ yang lain seperti Pos Malaysia BerhadMyEG dan PUSPAKOM, untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan.

Sila rujuk panduan berikut jika anda ingin membuat urusniaga online:

Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai dalam membuat transaksi pembaharuan LKM dan LMM.

Baca juga: Lanjutan Tarikh Renew Lesen Memandu & Roadtax Kepada 31 Disember – JPJ

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Kuih Lompang Gula Melaka. Si Lembut Berlesung Pipit!

Cara Tukar Kad Debit ATM Maybank Yang Rosak & Expired Secara Online